Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Sia-sialah Mereka yang Beribadah di Bulan Ramadhan

  • Sunday, August 7, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :

  • Terkejut dengan tajuk di atas?

    Tidak perlu bertanya kenapa dan mengapa kerana hal demikian adalah benar.

    Berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W, " Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak perlu dengan puasanya dari makan dan minum" Hadis riwayat Al-Bukhari.

    Ertinya: "Boleh jadi orang yang bangun qiamullail itu hanya mendapat letihnya sahaja dan boleh jadi orang yang berpuasa itu hanya perolehi lapar dan dahaganya sahaja" (Hadis Riwayat Ahmad, Ath-Thabarani dan Al-Baihaqi dari Ibn Umar, juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dari Abu Hurairah dengan redaksi sedikit berbeda.)

    Maka saya sambungkan lagi ayat tajuk saya supaya lebih lengkap, "Sia-sialah mereka yang beribadah di bulan ramadhan kerana tidak meninggalkan perbuatan dan perkataan dusta atau maksiat."

    Perumpamaan, "Setelah berbulan berbanting tulang di dalam sawah bendang, tiba masa musim menuai kita tidak diberikan sedikit pun hasil pulangan dari pekerjaan yang kita lakukan oleh kerana hanya termaki-hamun seorang sahabat kita. Apakah perasaan anda?

    Marilah bersama kita jadikan bulan Ramadhan ini sebagai satu platform untuk kita bermujahadah dari yang buruk kepada baik, dari yang baik kepada yang lebih baik, dan dari yang lebih baik kepada yang terrbaiikk. InsyaAllah, anda mampu mengubahnya.

    ~ms17~
    0930 a.m 08 Ramadhan 1432
    Medan At-Thaqafi, KTD

    Perancang Terbaik

  • Saturday, August 6, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,
  • Sungguh lama,
    bahkan terlalu lama
    siDia mendiamkan diri
    Apakah Dia telah melupakanku,
    atau dia sudah meninggalkanku?

    Saba
    r
    dan terus bersabar

    apakah segala ini punya hikmah?
    ya,
    sudah tentu ya
    segala yang berlaku
    pasti punya hikmah tersendiri
    apa yang perlu
    adalah ber "SABAR"

    Dia : penulis
    Aku : blog kepunyaan penulis

    Puisi di atas sebenarnya bukanlah untuk ditujukan kepada siapa-siapa, tetapi hanya rekaan monolog antara saya dan blog saya ini. Sebenarnya saya telah terhijab seketika dengan password yang saya sendiri reka. Pelik bukan. Namun itulah realitinya. Mungkin ada mana-mana dosa yang telah saya lakukan sehingga Allah menghijabkannya dari saya. Alhamdulillah, setelah begitu lama cuba mengingati dan mendaftar masuk, akhirnya Allah bukakan hijab itu ketika mana saya selesai menunaikan suatu solat sunat. Alhamdulillah.


    Jangan kita sangka perkara yang kita sudah begitu mahir, bahkan terlalu mahir akan boleh hilang serta merta tanpa sebarang sebab. Allah yang berikan ilmu itu dan Allah juga berhak untuk menariknya semula pada bila-bila masa. Namun jangan kita begitu cepat mengalah. Sesungguhnya segala perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita sebagai umat Nabi Muhammad S.AW.

    RAMADHAN KAREEMM!!

    p/s: sesiapa boleh bantu saya ajarkan macam mana nak pendekkan artikel then letakkan continue reading..sangat2 mngharapkan bantuan.

    ~ms17~
    0850 a.m
    07 Ramadhan 1432
    Kolej Teknologi Darulnaim

    'Weil China'

  • Tuesday, May 17, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : , ,

  • Alhamdulillah, selesai khatam novel 'Weil CHINA'. Novel ini ditulis oleh Emine Syenlikoglu atau Aminah Uzqan Syenlikoglu. Beliau merupakan penulis terkemuka Turki yang sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki dan telah dipenjara beberapa kali kerana karya-karyanya ini.

    Saya sendiri mengakui penyeksaan yang dilalui sebagaimana yang diceritakan dalam novel beliau ketika fahaman ateis dan komunis berevolusi hanya layak pada ahli neraka sahaja. Pada mulanya saya sendiri merasakan tidak mampu untuk menghabiskan novel ini kerana tidak sanggup untuk menggambarkan penyeksaan yang mereka lalui sepanjang revolusi tersebut. Teramatlah dahsyat. Namun perasaan ingin mengetahui penghujung kisah dua beradik yang terlalu ketat perasaan kasih mereka pada suatu ketika dahulu, kemudian setelah kefahaman ateis ini meresap sedikit demi sedikit tanpa disedari dan mereka berdua mula hilang terus pegangan Islam. Iniliah yang dibimbangi bapanya sejak kecil dahulu lagi. Kefahaman ateis dan komunis yang telah menyelimuti jiwa 2 beradik tersebut telah menyebabkan timbul rasa benci pada kedua ibubapa mereka sendiri. Mereka melihatkan bapa mereka seperi anjing kurap dan rasa seperti ingin melapah sendiri kulit ayah mereka itu. Begitu zalim dan bahayanya kefahaman ateis dan komunis jika dicantum dengan materialiti dalam hati.

    Ikuti kisah yang benar-benar berlaku ini dengan menjelajah sendiri novel ini. Wajib baca! [klik disini untuk beli online]

    p/s: ermm..lepas nie mungkin akan beralih ke novel 'Hero' pula. 'Takdir' nanti dulu...hehe

    MS-17
    1216, 18 Mei 2011
    Rumahku, Yan, Kedah.

    [ Perasaan/ Semangat ] vs [Iman]

  • Monday, January 24, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :

  • Pertama sekali saya minta maaf atas kelewatan post pada kali ini. Pada mula rancangan saya setelah pulang dari kem adalah untuk mempertingkatkan lagi blog ini kepada daily update, namun beberapa masalah yang timbul(internet x pasang lagi, komputer pulak rosak) berjaya membantutkan perancangan saya ini serta satu lagi perancangan besar yang sedang saya usahakan. Meskipun begitu, saya akan cuba juga untuk sentiasa update blog ini dari semasa ke semasa walaupun tidak mencapai dailyupdate. InsyaAllah.

    [Perasaan/Semangat] vs [IMAN]

    Sepintas lalu berdasarkan tajuk di atas, pihak manakah yang anda rasakan akan menang?

    Tentunya sebahagian besar atau keseluruhan kalian mengatakan IMAN. Betul.

    Sejarah juga memperlihatkan kemenangan sentiasa dipihak IMAN.
    Dengan IMAN, Bilal Bin Rabah dapat menahan seksaan dari kaum kafir.
    Dengan IMAN, Amar bin Yasir tabah menghadapi kekejaman pembunuhan ibu dan bapanya di hadapan matanya sendiri.
    Dengan IMAN, Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan Kota Kostantinopel.

    Dengan IMAN juga kalian akan dapat meneruskan hidup sekalipun dihimpit emosi, obligasi serta delusi yang senantiasa menjadi teman akrab kalian dan juga saya dalam merencanakan kehidupan yang sementara ini.

    Jika kalian memilih SEMANGAT

    Jika kalian memilih SEMANGAT sebagai penggerak utama dalam kehidupan, maka ketahuilah bahawa semangat itu tidak akan kekal lama jika tidak disertakan dengan IMAN. Hal demikian kerana SEMANGAT tanpa kehadiran IMAN akan luntur apabila timbul sesuatu masalah.

    SEMANGAT sahaja tidak akan kekal lama apabila ianya tidak disebatikan dengan IMAN.

    Jika kalian memilih IMAN

    Maka pilihlah IMAN kerana IMAN merupakan suatu kekuatan bagi orang Islam yang tidak pernah kenal erti kegagalan dan penat lelah selagi mana nyawa masih melekat pada jasad. Oleh itu bergeraklah atas jalan kehidupan ini menggunakan kekuatan IMAN untuk merempuh halangan yang membuatkan kita lemah dan mula jatuh. Ketahuilah, Allah tidak akan meletakkan satu ujian ke atas hambaNYA sekiranya hambaNYA tidak mampu untuk berhadapan ujian itu.

    Untuk terus consistant/Istiqamah/berterusan dengan kekuatan IMAN, kalian haruslah memperoleh keFAHAMan, kemudian berSABAR dengan apa yang berlaku seterusnya ISTIQAMAH.

    Penutup

    Untuk kesekian kalinya kita sering terdengar dan terbaca di dada akhbar tentang kes bunuh diri dan kesemua peristiwa yang menjadi penyebab kepada perkara terrsebut adalah putus cinta, gagal ujian, tekanan jiwa, perniagaan bankrupt dan lain-lain lagi hal yang bagi saya remeh jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan yang dilakukan oleh para sahabat dahulu. Keperitan hidup yang mereka lalui lebih pedih dan terseksa jika dibandingkan dengan kita. Sebagai pengajaran, kita boleh lihat pada kisah Amar bin Yaser yang ibunya disula sehingga mati di depan mata kepalanya sendiri, ayahnya pula diseksa dan dibunuh juga di depan matanya. Namun sedikit pun Amar tidak rasa untuk beralah dan feedup dengan kehidupannya. Inilah dia kekuatan IMAN yang sebenar dalam Islam.

    Marilah bersama kita muhasabah kembali. Adakah kita sudah meletakkan IMAN betul-betul di atas trek kehidupan kita. Jangan lah kalian merasa sudah cukup dengan diri kalian sekarang!


    p/s:asif kerana lama tidak mengemas kini blog ini. Sedikit masalah yang saya hadapi buat masa ini.

    MS-17
    1625, 26 Safar 1432
    New Vision Cyber Cafe, Yan, Kedah

    Secubit Garam, Secawan Manisan

  • Thursday, December 23, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,
  • Alhamdulillah dapat juga saya siapkan cerpen yang tidaklah seberapa selepas berhempas pulas menyiapkan pada pagi ini. Cerpen ini saya dapat idea selepas membaca post seorang akhwat yang menceritakan tentang jasa para pendidik beliau. Syukran keatas beliau.
    Cerpen bersiri 'Impak' buat masa ini berhenti seketika dan akan bersambung pada masa akan datang insyaAllah. Cerpen ini adalah yang terakhir sehingga saya tamat kursus Jatidiri tersebut.

    Secubit Garam, Secawan Manisan

    ~Sedikit ujian mengandungi hikmah yang besar~

    Pagi itu udara sungguh segar dan nyaman. Suhunya pula seakan terlalu rendah, tidak hairanlah kalau ada yang berjogging pagi-pagi begini memakai sweater. Kesejukan pagi ini sentiasa memeluk erat tubuhku ketika aku ke sekolah. Aku akan mula keluar rumah dan berbasikal ke sekolah ketika telunjuk jam berarah tepat pada nombor tujuh. Ya, 7.00 pagi.

    “Mak, Amirul pergi dulu yer.” Aku meminta restu ibuku setiap kali hendak ke sekolah.

    “Okey, jaga akhlak kamu.” Nasihat yang acap kali ku dengar dicorong telingaku. Namun aku tidak pernah sedikit pun rasa bosan. Mungkin aku ini anak yang soleh, hehe. Getus hati kecilku.

    **********

    “Amirul..! Kenapa result trial kamu teruk sangat?!! Orang lain semua ada lah juga 2-3 A. Kamu?!! Satu A pun tak dak!” Cikgu Sya melenting ke arahku ketika aku menghantar buku latihan yang telah dikutip ketua kelas. Ketika ini semua mata tertumpu pada aku yang tercegat di hadapan pintu bilik guru menahan malu. Maruah aku seakan sedang disentap kuat dengan kata-kata yang bagiku tidak patut dizahirkan oleh seseorang guru.

    Aku hanya tunduk diam menahan malu. Diam lebih baik dari berkata-kata. Ya, baru aku ingati hadis Rasulullah itu.

    “ Kamu nie nak belajar ke tak nak. Kalau tak nak, lagi baik berhenti belajar. Pergi kerja dengan tukang kebun yang dungu tu. Buat apa belajar kalau dah kepala otak tu tak boleh nak terima dah. Belajar pun BODOH macam tu jugak.” Kini kata-kata Cikgu Sya semakin panas dan pedih. Bukan sahaja aku yang dikatakannya, malah tukang kebun yang banyak membantu dalam membersihkan dan mengindahkan sekolah supaya timbul suasana belajar juga dikaitkannya. Meskipun mereka tidak terpelajar namun sumbangan mereka juga amat besar dalam menyediakan suasana yang indah dan bersih. Inikan pula digelarkan mereka dungu.

    Cukup panas anak telingaku yang sedang mendengar kutukan itu. Hatiku terasa amat pedih dihiris kasar oleh ketajaman bicara Cikgu Sya. Rasa hormatku kepadanya kian kini kian menipis.

    “Cikgu, setiap manusia ada nilai dia tersendiri. Cikgu tak berhak nak kata dan menghukum saya dan tukang kebun tu sebegitu rupa. Setiap manusia tidak akan lari dari kesilapan. Bohonglah cikgu kalau tiada orang yang tidak pernah melakukan kesilapan. Man laa yukhti’u laa yaf ‘alu syai’..!!” tidak semena-mena aku bertindak refleks membidas kata-kata kasar cikguku itu. Aku sendiri terkejut dengan tindakan ku itu. Semua orang di dalam bilik guru terdiam memandangku. Aku menyegerakan diri untuk pergi dari situ.

    **********

    Proses pengajaran dan pembelajaran berakhir pada tengah hari itu. Namun kosong. Ternyata kosong jiwaku sepanjang hari tersebut. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Segala ilmu pada hari itu laksana angin. Walaupun dipekup beberapa kali, tetap terasa kosong.

    Tengah hari itu ketika semua pelajar pulang, aku masih lagi berteleku di hadapan mejaku di dalam kelas. Aku masih lagi rungsing memikirkan hal demikian yang memalukan dan menyakitkan.

    Nafsuku sentiasa mengatakan bahawa tindakan aku tadi terlalu ringan, tiada apa yang perlu dikisahkan. Kalau boleh biarlah syadid sikit. Bagi panas balik hati cikgu tu. Tidak adil lah Cuma sebelah pihak sahaja yang sengsara. Namun hati kecilku pula berbisik, hormatilah seseorang itu walaupun dia hanya mengajarmu sepatah ayat. Kerana bagi mereka guru-guru hampir-hampir menjadi seorang rasul.

    “Amirul, ana faham apa perasaan enta. Biasalah tu, cikgu itu pun kan manusia juga. Tentu juga akan melakukan kesalahan.”

    Kedengaran satu suara dari arah pintu belakang. Suara itu cukup aku kenali. Suara itu lah yang sering menasihati dan memotivasi diriku dikala aku jatuh. Kata-katanya kali ini kembali mengingatkan aku. Aku betul-betul tersentak dengan kata-katanya.

    ‘Cikgu itu pun manusia. Tentu juga akan melakukan kesalahan’

    Kemudian aku kembali mengingati kata-kata yang telah aku lontarkan kepada Cikgu Sya sebagai serangan balas pada pagi tadi.

    “Setiap manusia tidak akan lari dari kesilapan. Bohonglah cikgu kalau tiada orang yang tidak pernah melakukan kesilapan. Man laa yukhti’u laa yaf ‘alu syai’”

    Ya, cikgu pun manusia. Tentu saja akan melakukan kesalahan.

    “Tapi mengapa harus saya dan tukang kebun yang tidak semena-mena itu yang menjadi mangsa kesilapan cikgu.” Rungutku kepada Ustaz Adam yang masih tersandar dibahu pintu belakang kelas dengan senyuman manis yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

    “Amirul, ketahuilah setiap perkara atau ujian yang melanda diri kita itu terkandung di dalamnya hikmah. Hikmah ini hanya dapat dilihat pada orang yang melihat pada sudut atau pandangan yang berlainan dari orang lain.” Jelas Ustaz Adam dengan tenang.

    Memang tidak dapat disangkal, setiap kata-kata atau nasihat Ustaz Adam amat mudah untuk diresapi dalam jiwaku. Aku amat senang dengan Ustaz Adam. Rata-rata ustaz dan cikgu yang ada di sekolah ini, Ustaz Adam lah yang paling rapat dengan ku.

    “Sudut yang berlainan? Macam mana itu Ustaz.” Aku semakin terbuka dan sedikit tenang.

    “Sudut yang berlainan tu maksudnya lebih kurang Husnu Zhon lah. Bersangka baik. Dalam erti kata lain, think positive.” Terang Ustaz sambil memandang keluar.

    “Contohnya cuba kamu lihat di situ.” Ustaz Adam menunjukkan jarinya ke arah seekor kucing yang sedang menggigit tengkok anaknya.

    “Ish, kenapa kucing itu gigit tengkok anaknya ustaz. Zalim betul.” Keluh aku yang hidup baru setahun jagung.

    “Tidak Amirul. Itu lah yang Ustaz cuba katakan. Cuba berfikir pada sudut yang kedua, sudut positif. Anak kucing itu dilakukan sedemikian untuk dilindungi oleh ibunya dari serangan haiwan lain.Tetapi jika kita tidak tahu pun tentang itu, cukuplah sekadar percaya yang sesuatu perkara itu pasti ada hikmahnya.” Ustaz Adam mejelaskan satu persatu.

    “Amirul, enta perlu hidup dalam dunia yang bersyukur. Bersyukurlah kepada mereka yang menyakiti enta, kerana merekalah yang menguatkan dan menabahkan hati enta. Bersyukurlah kepada mereka yang menyeksa atau memperilakukan enta, kerana mereka lah yang menguji tahap kesabaran enta.” Ustaz Adam member input tambahan yang amat bermakna bagiku.

    Kini barulah aku faham. Tiada siapa yang bersalah dalam hal ini kerana manusia memang tidak akan lari dari kesilapan dan mereka berhak untuk mendapat peluang kedua untuk berubah. Aku tidak boleh terus menghukum Cikgu Sya sedemikian rupa kerana dia juga manusia, malahan saudara seIslam. Tidak akan sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri.

    Sesekali perlu juga ujian sebegini untuk menguji imanku dan menabahkan hatiku serta menajamkan lagi keimanan ku. Janganlah kamu mengaku beriman selagi mana belum diuji.

    “Dosa kita dengan Allah mudah untuk diampunkan kerana Allah itu Maha pengampun kecuali dosa syirik. Tetapi dosa kita dengan manusia hanya boleh terhapus jika dimaafkan oleh manusia itu sendiri.” Tambah ustaz setelah beberapa ketika membisu.

    Aku faham maksud ustaz. Dia ingin aku yang terlebih dahulu meminta maaf dari Cikgu Sya.

    Tengah hari itu aku pulang dengan sedikit senyuman terukir selepas bersalaman dengan Ustaz Adam. Aku tekad untuk meminta maaf daripada Cikgu Sya esok pagi dan berjanji akan lebih tekun belajar untuk memburu kejayaan. InsyaAllah.

    p/s: Kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati. Hanya watak Ustaz Adam yang diambil berdasarkan perwatakan beliau ketika mengajar di sekolah penulis. Ustaz Adam memang seorang yang ceria dan mudah untuk berbincang untuk membuat perancangan. Penulis amat rapat dengan beliau ketika beliau mengajar di sini. Moga Allah merahmati Ustaz Adam dan keluarga.

    MS-17

    0930, 18 MUHARRAM 1432

    ALOR SETAR, KEDAH

    Kursus Jatidiri & Kesukarelawanan Remaja 2010-2011

  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : , ,
  • Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja

    InsyaAllah pada 25hb Disember 2010 ini saya akan mengikuti program seperti yang disebut di atas. Moga ianya berjalan dengan lancar.

    Kepada aQua dan beberapa orang yang lain harap maafkan saya kerana tidak dapat memenuhi hajat kalian dalam menulis cerpen diruangan ini buat masa sekarang. Masa yang ada sekarang digunakan untuk mengemas dan menge'pack' barang-barang rumah kerana tidak lama lagi saya akan berpindah ke Yan dan insyaAllah akan terus menetap disana. Bukan sengaja untuk saya tidak siapkan, tetapi saya perlu selesaikan beberapa perkara yang lebih utama, Fikh Al-Awliyat.

    Harap maaf perkara yang saya janjikan tidak dapat dipenuhi. InsyaAllah setelah pulang dari kem tersebut saya akan cuba untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada bindang penulisan ini disamping menyiapkan saki baki majalah MUMTAZ (majalah sekolah) yang masih berbaki untuk edisi 2010.

    Sebelum itu saya ada sedikit kata-kata yang ingin dikongsikan bersama.

    "Binalah harapan/impian, atau ia tidak akan jadi kenyataan"

    Kata-kata ini saya peroleh daripada filem animasi Jepun "King of Thorn". Sekalipun jalan ceritanya hanya sekadar dongeng, namun ianya amat sukar untuk difahami bagi golongan kanak-kanak.

    Sekadar ini sahaja post pada kali ini. InsyaAllah saya akan cuba juga update blog ini dalam masa terdekat. Moga Allah redha.
    MS-17
    0347, 18 Muharram 2010
    Alor Setar, Kedah

    Disebalik nama Kapal Rachel Corrie

  • Thursday, December 2, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,
  • Hmm...Alhamdulillah ada sedikit kesempatan untuk saya berkongsi sedikit maklumat yang saya peroleh berdasarkan buku yang sedang saya baca 'Palestin Kami Datang' hasil tulisan sepasang mempelai bidang penulisan saudari Fatimah Syarha bersama suaminya yang tercinta Dr. Farhan Hadi.

    Dalam buku ini sepasang suami isteri ini menceritakan tentang perjalanan relawan-relawan HALUAN dari Malaysia. Bermacam emosi dan delusi yang dapat kita lihat berdasarkan video-video yang pernah ditayangkan. Melalui buku ini anda akan berpeluang untuk lebih menyelami peristiwa-peristiwa yang berlaku di atas Kapal Mavi Marmara.
    Gazze 1 ~kapal kargo

    Disebalik nama Kapal Rachel Corrie
    Kapal Rachel Corrie ~kapal kargo

    Selain Mavi Marmara, ada lagi beberapa buah kapal jenis penumpang dan jenis kargo yang mengikuti konvoi berkenaan, antaranya Rachel Corrie-kargo, Eleftheri Mesogios-kargo, Sfedoni-penumpang, Gazze 1 -kapal kargo dan 4 buah kapal lagi yang lain. Untuk menget
    ahui lebih lanjut, dapatkan lah buku ini.

    Rachel Corrie yang kita ketahui milik Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya mempunyai cerita disebalik pengambilan nama tersebut untuk kapal itu. Kapal Rachel Corrie dinamakan sempena nama seorang wanita warga Amerika berusi
    a 23 tahun yang terbunuh disodok jentera berat milik Israel. Rachel Corrie merupakan seorang siswi dan aktivis kemanusiaan dari Olympia, Washington. Beliau datang ke Gaza bersama aktivis-aktivis lain yang bergabung dalam International Solidarity Movem
    ent (ISM).
    Rachel Aliene Corrie
    1979~2003

    Saksi mengatakan Corrie cuba menghalang sebuah jentolak Israel daripada meranapkan sebuah rumah rakyat palestin. Beliau memakai jaket oren yang terang namun jentolak Israel terus melenyeknya. Israel kemudian menyatakan bahawa insiden itu adalah satu kemalangan yang tidak dapat dielakkan.

    Keluarga beliau telah memfailkan saman kepada kerajaan Israel dan mendesak kerajaan Amerika Syarikat membuat siasatan terhadap kes tersebut. Namun ia ditolak mentah-mentah oleh kerajaan Amerika yang mementingkan tembolok Yahudi berbanding rakyatnya sendiri. Begitu malang sekali rakyat Amerika kerana negara yang diharapkan untuk melindungkan rakyatnya sebenarnya tidak boleh diharap.

    Jadi ternyata disini Amerika Syarikat sekarang berada dibawah telunjuk Israel. Sedarlah manusia. Kalian sedang dipertanggungjawabkan atas pembebasan bumi Palestin kerana disitulah tembok keamanan dunia.
    1138. 27 Zulhijjah 1431
    Alor Setar, Kedah

    ..::[Soft-One]::..

  • Thursday, November 25, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,


  • SOFT-ONE sebuah kumpulan nasyid yang ditubuhkan pada tahun 2009. Bergerak secara sirr dalam peringkat sekolah. Telah menghadapi banyak kesulitan dan pertukaran ahli. Sehingga kini ahli yang kekal dan memberi komitmen yang tinggi hanya tinggal 3 orang.



    Kini kami bergerak secara solo dan masih lagi mencari ahli bagi melengkapi lagi kumpulan ini. Setakat ini sahaja penerangan bagi post pada kali ini.

    0633, 19 ZulHijjah 1431
    Bilik Komputer MMY, Yan

    Malam Mahabbah Asrama 2010

  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : , ,

  • Tanggal 14 November 2010 telah menyaksikan detik-detik terakhir Generasi ke-8 berada bersama adik-adik yang lain dalam satu program yang gilang-gemilang.

    Setiap pertemuan itu
    akan wujudnya perpisahan
    kerana dengan itu
    manusia akan belajar
    pelbagai jenis ragam manusia
    hanya diri dan iman
    yang menentukan

    ragam mana yang hendak diambil
    sebagai pedoman hidup

    Wahai adik-adikku
    generasi selepas generasiku,
    jadilah kalian
    seorang yang taat kepada
    PEMIMPIN
    GURU
    ALLAH,
    kerana dengannya
    kalian akan peroleh kekuatan
    untuk menghadapi cabaran
    yang saban hari kian mencabar,
    jangan biarkan
    penyesalan
    yang menggunung
    apabila kalian keluar
    dari planet aneh ini,
    Hargailah Peluang Yang Masih Tersisa.

    p/s: geram betol dengan soalan sejarah tadi. Lepas geram kat sini.
    0540, 18 ZulHijjah 1431
    Bilik Komputer MMY, Yan

    FarEast - Aman

  • Sunday, November 21, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : , ,

  • Sebenarnya saya sendiri boring juga melihat blog yang tidak di'update', jadi saya cuba juga lah untuk beri sedikit info nasyid sebagai pengubat rindu untuk blog ini.

    Antara nasyid yang saya sedang gemari sekarang ialah nasyid dari kumpulan FarEast dari album terbaru mereka 'Saat Lafaz Sakinah' yang berjudul 'Aman'. Pada pandangan saya lagu sedikit rap dan diselitkan chorus balada. Part yang paling saya minati adalah bahagian chorus baladanya. Sungguh menyentuh jiwa(hehe..kira feel lah).

    Kita harus bersatu ayuh kita laungkan bersama
    suara keamanan sejagat manusia
    menyemaikan cinta menyuburkan sayang
    agar dunia aman sentosa

    Namun begitu pada pandangan beberapa rakan saya yang mendengar ketika saya memainkannya lagu itu seumpama lagu dangdut. Memang benarlah firman Allah Ta'ala yang menyatakan bahawa setiap makhluk di muka bumi ini adalah berbeza.

    Jadi, untuk mencari pandangan anda sendiri, dengarkanlah nasyid FarEast - Aman dan hayatilah maksud yang hendak disampaikan.



    lirik boleh didapati di laman web www.liriknasyid.com


    0845, 15 ZulHijjah 1431
    Bilik Komputer MMY, Yan

    Mata Lelaki Ketika Melihat Wanita

  • Friday, October 29, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :

  • Alhamdulillah masih ada kesempatan buatku untuk mengupdate posting hari ini. InsyaAllah pada kali ini saya hanya ingin berkongsi posting dari seorang akhwat. Saya tertarik dengan artikel beliau kerana hal demikian lah yang berlaku dalam realiti masyarakat sekarang. Silakan baca. Kalau boleh baca sampai habis. Moga ianya memberi kesan pada anda walaupun sedikit.


    Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

    Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

    Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

    *Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

    *Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

    *Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

    *Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

    *Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

    *Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

    *Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

    *Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

    *Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

    p/s: Syukran kepada saudari Ayat Al-Akhraj atas posting kali ini.

    1735, 21 ZulQo'edah 1431
    Alor Setar, Kedah.

    Musibah Kembali..!!

  • Monday, October 18, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,

  • Alhamdulillah, diri ini tersangat bersyukur atas peringatan dan perhatian Allah ta'ala kepada hambanya yang lemah ini. Hamba yang memerlukan seberapa banyak peringatan dan nasihat. Nasihat mereka yang beriman dan bertaqwa. Sesungguhnya Allah telah pun berfirman dalam kitab terulungNya bahawa

    "Janganlah kamu akui sudah beriman selagi mana belum diuji"

    Ini bermaksud setiap mereka yang beriman kepada Allah tidak akan lari dari diuji oleh Rabbul 'Izzati dengan pelbagai cara dan rupa. Mungkin ada yang diuji dari segi fizikal dan tidak lupa juga jiwa atau perasaan. Semua itu perlulah dihadapi dengan penuh tabah bersama pertimbangan akal yang waras serta iman yang kukuh. Ingatlah Allah tidak akan menguji hambanya dengan bebanan yang di luar kemampuan hamba-hambanya. Bersama firman Allah ta'ala yang selalu disebut oleh murobbi penulis,mafhumnya,

    "Allah tidak akan menguji hambanya melainkan pada kemampuan diri mereka "

    Oleh demikian perlulah kita mengetahui bahawa setiap ujian yang kita rasai terlalu berat itu sebenarnya adalah pada kemampuan diri kita. Kita mampu selesaikannya tapi ingatlah, penyelesaian yang terbaik perlulah bersama AKAL dan IMAN. Bukan NAFSU. Perenang yang kuat adalah apabila dia berenang melawan ombak. Meskipun sukar dan penat namun hal demikian akan menambahkan lagi kekuatan pada otot-otot lengannya dan akan lebih berjaya pada masa akan datang.

    Ingatlah wahai saudara/saudari sekalian, Allah itu adalah sebaik-baik penjaga. Tiada penjaga yang sesempurna sifatNya. Allah sentiasa dekat dengan kita walau kita terasa terlalu jauh ketika melakukan maksiat terhadapNya. Sama-samalah kita KEMBALI MENGHITUNG DIRI.
    Sekian, wallahu'alam.

    p/s: penulis sedang cuti sakit selama seminggu akibat dari kecederaan buku lali persis pemain bola sepak terkenal, Wayne Rooney.(cewaah..)InsyaAllah akan kembali beraksi pada pentas pengajian pada minggu hadapan. Doakanlah semoga cepat sembuh. Ameen.
    0715, 11 Zul-Qo'edah 1431
    Alor Setar, Kedah.

    Ustaz Dahlan dalam Jiwa Perjuangan

  • Friday, October 15, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :
  • Peluang Terakhir..!!

  • Wednesday, September 8, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :
  • jangan biarkan ia terus malap

    Seandainya kau masih menyayangi 'nya', Perhatikan apa yang inginku perkatakan. Saat kau menyalakan pelita-pelita raya bagi menampakkan lagi kehangatan sinar Aidilfitri, apakah kau telah lupa akan cahaya Ramadhan yang kian malap dek manusia yang sibuk dengan persiapan raya. Fikirkanlah sejenak...

    Berapa banyak nikmat yang kau gapai sepanjang pertemuanmu dengan'nya'..? Lalu apakah telah kau lunaskan hak-hak yang ada pada diri'nya'..?

    Janganlah biarkan ia berlalu pergi begitu saja tanpa sebarang pengharapan. Kejarlah ia. Jangan biarkan keindahan teragung'nya' pergi bagitu sahaja. Bersungguh-sungguhlah sebelum ia pergi meninggalkan kita. Adakah kita akan diberi peluang untuk bersua dengan'nya' pada masa akan datang? Anggaplah ini adalah pertemuan terakhir dengan'nya'.

    Sesungguhnya orang yang beriman akan senantiasa menanti dan mengharapkan kehadiran bulan ini(Ramadhan). Setiap mereka akan memancarkan cahaya kegembiraan apabila diberi peluang untuk bertemu semula. Tetapi mereka sangat sedih apabila pertemuan mereka mulai berakhir.

    Ingatlah, para sahabat dahulu menghitung pemergian bulan ini dengan saat demi saat, detik demi detik. Tetapi amat kasihan akan ummah sekarang. Mereka menghitung pemergian bulan ini dengan hari demi hari, minggu demi minggu. Begitulah jauh bezanya keadaan ummah dahulu dan sekarang.

    Hidupkanlah Ramadhan dengan amalmu meskipun diambang lebaran yang membelenggu.

    0130, 30 Ramadhan 1431
    Alor Setar, Kedah.

    Mencakna Iman 1

  • Tuesday, September 7, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :
  • Assalamu'alaikum..
    Di sini penulis ingin pembaca menilai dan mentafsir sendiri situasi yang diceritakan ini.

    **********
    Pada suatu hari, Mat dan Tam keluar ke pekan bersama-sama. Tanpa disedari Tam, Mat telah mengajak seorang gadis keluar ke pekan pada waktu dan hari yang sama. Kemudian Mat mula memperkenalkan gadis tersebut kepada Tam. Tam kelihatan teruja dengan penampilan gadis tersebut. Namun gadis tersebut tampak sedikit malu dengan Tam. Mungkin tidak beberapa mengenali Tam. Setelah mereka puas bersiar-siar membeli barang bersama. Tam dan Mat mula mengundurkan diri untuk pulang. Sebelum berpisah mengambil haluan masing-masing, Tam sempat berdialog sebentar bersama Mat.

    "weh, kau hebat arh dapat ajak pompuan keluar."bicara Tam.

    "Biaasssa bro. Tengok orang lah." sambung Mat sambil tersengih mendepakan tangannya.
    "Weh, kasi aku no telepon dia jap."

    "kau nak buat apa?" soal Mat spontan.

    "alaah..bukan nak wat apa pon. Just nak kenal-kenal jer. Nak borak-borak, camtu jer. Takkanlah tak boleh kot." Tam menyatakan alasan untuk menjayakan hasratnya.

    "Wush..! Mana boleh. Dosa tu. Wala taqrabuzzina." Mat dangan segera menepis alasan Tam itu.

    "Alamak kau ni. Aku bukannya nak buat apa. Cuma nak simpan jer pon. Nanti kalau aku kahwin ker, boleh aku jemput dia makan kenduri." Tam cuba mempelbagaikan alasan.

    "Tak yah lah. Aku nak jauhkan kau dari maksiat ni. Kau sepatutnya berterima kasih sebab ada kawan macam aku yang nak halang kau dari buat maksiat." Mat cuba untuk meleraikan perkara ini.

    "Tengkorak kau! Habis tu yang kau ajak dia keluar nie pekebendanya? Kira amal kebajikan lah tu. Bukannya maksiat kan." Tam mula meninggikan suaranya.
    *********
    -Cuba perhatikan situasi di atas dan berikan pandangan anda.
    -Pembaca boleh cipta sendiri bagaimana penghujungnya mengikut cita rasa anda.(nak ceritakan kat bahagian komen pon boleh.)

    p/s: kejadian ini berlaku di hadapan mata kepala penulis sendiri.

    0315, 29 Ramadhan 1431
    Alor Setar, Kedah.
    bloggermuslim