Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

..::[Soft-One]::..

  • Thursday, November 25, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,


  • SOFT-ONE sebuah kumpulan nasyid yang ditubuhkan pada tahun 2009. Bergerak secara sirr dalam peringkat sekolah. Telah menghadapi banyak kesulitan dan pertukaran ahli. Sehingga kini ahli yang kekal dan memberi komitmen yang tinggi hanya tinggal 3 orang.



    Kini kami bergerak secara solo dan masih lagi mencari ahli bagi melengkapi lagi kumpulan ini. Setakat ini sahaja penerangan bagi post pada kali ini.

    0633, 19 ZulHijjah 1431
    Bilik Komputer MMY, Yan

    Malam Mahabbah Asrama 2010

  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : , ,

  • Tanggal 14 November 2010 telah menyaksikan detik-detik terakhir Generasi ke-8 berada bersama adik-adik yang lain dalam satu program yang gilang-gemilang.

    Setiap pertemuan itu
    akan wujudnya perpisahan
    kerana dengan itu
    manusia akan belajar
    pelbagai jenis ragam manusia
    hanya diri dan iman
    yang menentukan

    ragam mana yang hendak diambil
    sebagai pedoman hidup

    Wahai adik-adikku
    generasi selepas generasiku,
    jadilah kalian
    seorang yang taat kepada
    PEMIMPIN
    GURU
    ALLAH,
    kerana dengannya
    kalian akan peroleh kekuatan
    untuk menghadapi cabaran
    yang saban hari kian mencabar,
    jangan biarkan
    penyesalan
    yang menggunung
    apabila kalian keluar
    dari planet aneh ini,
    Hargailah Peluang Yang Masih Tersisa.

    p/s: geram betol dengan soalan sejarah tadi. Lepas geram kat sini.
    0540, 18 ZulHijjah 1431
    Bilik Komputer MMY, Yan

    FarEast - Aman

  • Sunday, November 21, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : , ,

  • Sebenarnya saya sendiri boring juga melihat blog yang tidak di'update', jadi saya cuba juga lah untuk beri sedikit info nasyid sebagai pengubat rindu untuk blog ini.

    Antara nasyid yang saya sedang gemari sekarang ialah nasyid dari kumpulan FarEast dari album terbaru mereka 'Saat Lafaz Sakinah' yang berjudul 'Aman'. Pada pandangan saya lagu sedikit rap dan diselitkan chorus balada. Part yang paling saya minati adalah bahagian chorus baladanya. Sungguh menyentuh jiwa(hehe..kira feel lah).

    Kita harus bersatu ayuh kita laungkan bersama
    suara keamanan sejagat manusia
    menyemaikan cinta menyuburkan sayang
    agar dunia aman sentosa

    Namun begitu pada pandangan beberapa rakan saya yang mendengar ketika saya memainkannya lagu itu seumpama lagu dangdut. Memang benarlah firman Allah Ta'ala yang menyatakan bahawa setiap makhluk di muka bumi ini adalah berbeza.

    Jadi, untuk mencari pandangan anda sendiri, dengarkanlah nasyid FarEast - Aman dan hayatilah maksud yang hendak disampaikan.



    lirik boleh didapati di laman web www.liriknasyid.com


    0845, 15 ZulHijjah 1431
    Bilik Komputer MMY, Yan

    ..::[ImpaK]::..

  • Wednesday, November 10, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :
  • Alhamdulillah, kali ini saya memperkenalkan cerpen bersiri yang akan diupdate mengikut kesempatan masa yang ada. Cerpen kali ini adalah kisah benar rentetan dari peristiwa 101010 yang pernah saya post pada posting yang lalu. Ramai pengunjung yang tertanya-tanya tentang peristiwa tersebut, jadi saya akan zahirkannya dalam bentuk cerpen bersiri insyaAllah.

    ..::[ImpaK]::..

    Cuaca ketika ini amat terik. Matahari betul-betul terpacak di atas langit dengan gah melimpahkan cahaya dan menghempaskan haba. Celahan haba yang membahang itu terdapat sekumpulan pelajar yang sedang mengeluh sesama mereka kerimasan dengan panas yang membahang. Kebosanan mereka jelas terpancar pada riak wajah yang mereka pamerkan.

    ”Weh, aku dah tak larat dah lah nak selfstudy. Aku start dari lepas rehat tadi lagi. Sekarang dah pukul 1.40.” rungut Abu.

    ”Tulah. Aku pun sama juga. Cikgu pun satu, nak masuk ke tak nak? Kalau tak nak masuk, aku cau dulu.” luah Suib yang nyata begitu rimas dengan keadaan sekarang.

    Ya. Panas.

    Rimas.

    Letih.

    Semuanya sedang memainkan peranan untuk membuatkan seseorang itu tegang dengan suasana dan mudah untuk nafsu mengambil alih jiwa serta tubuh mereka. Pada masa inilah makhluk yang paling keji Iblis bergembira.

    Abu memulakan langkahnya sebagai pelajar pertama yang keluar dari kelas dan diikuti beberapa rakannya yang lain. Kini mereka telah pun berkumpul di beranda sekolah dan memulakan perbincangan untuk menentukan kata putus sama ada pulang ke dorm atau terus kekal di sini untuk 20 minit lagi sementara menunggu waktu pulang yang ditetapi oleh pihak sekolah.

    Daud memulakan perbincangan selaku orang yang paling tidak berani dalam mengambil risiko.

    ”weh camna ni? Nak balik terus ke? Aku risau lah. Kalau sir prongos camna?”

    ”Hmm..ada betul juga otak kau ni.” balas Mu’ad sambil mengangguk-angguk tanda setuju dengan soalan-soalan Daud. Kini soalan telah pun disokong, hanya tinggal untuk dijawab oleh rakan mereka yang lain.

    ”Tapi kan hari tu sir ada bagi balik awal sebab cikgu tak datang, takkan dia nak marah jugak kot.” Sobri cuba memberi pandangan supaya dapat mempengaruhi persetujuan rakan-rakannya yang lain.

    ”Hmm..betul-betul. Zaman sekarang nie kenalah gunakan kaedah Qias bagi perkara yang tidak ada dan tidak jelas akan nas-nasnya.” Ramli yang baru sahaja keluar dari kelas sebentar tadi terus menyampuk dan ingin memecahkan kerimasan yang menyelubungi rakan-rakannya yang sedari tadi mencari kata sepakat bagi perkara ini.

    ”Sudah lah tu. Kalau korang tak nak balik, duduk lah kat kelas nie. Aku dah tak tahan dengan keadaan ini dah. Naik bengang aku tau. Lagi pun Cuma tinggal beberapa minit lagi jer.” Abu memulakan kata putus sambil berlalu pergi meninggalkan kawanannya. Dalam hatinya terasa sedikit lega apabila membayangkan katilnya yang sedia menunggu kepulangannnya. Namun jauh di sudut hatinya timbul rasa bersalah atas perbuatannya itu.

    p/s: bersambung pada masa akan datang.

    2345, 03 ZulHijjah 1431

    Bilik Komputer, MMY, Yan.