Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Fiesta Pendidikan IPS 2011

  • Monday, March 28, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,
  • Pada 12 Mac 2011 pihak HALUAN telah menganjurkan Fiesta Pendidikan IPS yang bertempat di Sekolah Rendah Agama Ghufran. Sekolah yang terlibat adalah sekolah-sekolah rendah yang dinaungi oleh NGO HALUAN seluruh Malaysia. Alhamdulillah Sekolah Rendah Ummi telah memenangi johan pidato Bahasa Arab dan Naib johan pidato Bahasa Arab bagi pihak perempuan. Nasyid yang dikendalikan oleh saya dan sahabat saya Azhar Helmi telah berjaya menduduki tempat ketiga. Lari dari sasaran kami sikit.(target nasyid johan..hehe)

    (sesi latihan)

    (tiba di SRAG)


    (lokasi Fiesta..)


    (last preperation)


    (ada guna juga mic yang saya bawa nie..)


    (kena jaga P.A system plak)

    (bermulanya sebuah perjuangan..!)

    (bersiap ke majlis penutup)

    (sedang bertawakkal sebelum menjelang pengumuman pemenang)

    (Syeikh Nawawi Ibn Abi Bakr -Johan Pidato Bahasa Arab)

    (Duratul Aqilah -Naib Johan Pidato Bahasa Arab)

    (Alhamdulillah. Nasyid mendapat tempat ketiga)

    (kami diminta untuk mendendangkan beberapa buah nasyid Untuk penyempurnaan majlis penutup)


    MS-17
    2356, 16 MAC 2011
    MNY Mega Trading, Alor Setar, Kedah.

    Konsert Bersama Firwan di Ipoh

  • Thursday, March 3, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,
  • Rasanya sudah begitu lama saya tidak mengupdate blog ini. Pelbagai perkara yang saya lalui sepanjang sebulan saya tidak mengupdate blog ini. Walaupun saya memegang status PENGANGGUR, namun saya merasakan diri saya sangat sibuk. Alhamdulillah, saya lebih suka sibuk ke sana-sini berbanding memerap di rumah. Hampir setiap minggu saya akan outstation(ke luar negeri bukan negara..hehe). Minggu sdah saya ke Johor dalam misi memberi bantuan banjir kepada mangsa-mangsa banjir bersama sahabat-sahabat HALUAN dari seluruh negeri. Minggu ini atau yang terbaru adalah show saya bersama FIRWAN di Ipoh sempena Konsert Kesenian Islam dan perasmian tapak surau Taman Klebang Prima. Ikuti kisah selanjutnya…

    Tiba di Ipoh

    Jam 0200 kami tiba di Terminal Bas Ekspres Ipoh dan dijemput oleh Abang Fadhli yang merangkap Pengerusi Kelab Belia HALUAN Ipoh(KBHI). Kami dibawa ke Pejabat HALUAN Cawangan Ipoh, Perak sebagai tempat berteduh kami sepanjang berada disana. Sebenarnya pelbagai program telah disusun untuk kami sebelum kami menjejak ke bumi Ipoh lagi. Antara aktiviti yang memenuhi jadual sepanjang kami di sini ialah Futsal, Bowling, Menjelajah Taman Rekreasi Gunung Lang, Sarapan pagi pakej jasmani dan rohani serta aktiviti utama kami datang ke Ipoh KONSERT KESENIAN ISLAM.



    Sesi Latihan (Jumaat 25/02/2011)

    Lagu yang akan kami bawa ialah Selawat Junjungan dendangan In-Team dan Dia Kekasih Allah nyanyian Hijjaz.





    Malam Konsert Kesenian Islam (Sabtu 26/02/2011)

    Artis nasyid tanah air yang turut menjayakan konsert ini ialah Azhan Atan juara Akademi Nasyid TV9, NurONE serta Firwan.












    Sarapan Pakej Lengkap Rohani dan Jasmani (Ahad 27/02/2011)

    Pagi itu kami dibawa Abang Fadhli untuk menikmati sarapan di gerai Nuhaa empunya Pakcik Azman. Sarapan kat sini ada pakej lengkap untuk seorang muslim yang beriman, iaitu perut anda kenyang dan jiwa anda juga akan terisi. Tapi kena tengok keadaan juga.





    Jelajah Taman Rekreasi Gunung Lang (27/02/2011)

    Sebelum pulang kami sempat berkunjung sebenarnya, bukan menjelajah pun. Saja nak bagi Nampak gah tajuk itu. Pemandangan di situ sangatlah indah. Setiap kali saya melihat sudut panorama yang lain, setiap kali itu jugalah saya bertasbih. Memang indah alam ciptaan Allah di sana.


















    Pulang Kembali ke Negeri Tempat Bermastautin (Ahad 27/02/2011)

    Ternyata terasa berat sekali untuk meninggalkan mereka semua. Mereka lah sahabat yang jiwanya terikat atas dasar akidah dan fikrah.





    Moga Allah redha sepanjang kami berukhwah dan menjalankan beberapa program di sana. Ameen.

    p/s: asif tak update blog. Sibuk sangat sekarang ni. Tiap-tiap minggu ‘outstation’..cewaah. Jumaat nie kna pi Johor, minggu depan pulak nak kena pi Kajang. Belum cari kerja lagi, klau dok kerja skali..huhh..but I really2 love BUSY..

    MS-17

    0755, 03 MAC 2011

    Ruat, Yan, Kedah

    bloggermuslim