Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

KAHFI & ProCAST

  • Wednesday, May 18, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,

  • Masih belum mempunyai perancangan cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah??

    Saya ada penyelesaiannya.

    KAHFI atau Kem Asah Fakulti Insan


    Procast atau Program Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji.

    - Terbuka hanya untuk pelajar Tingkatan 4.(SPM 2012)
    - 06-08 Jun 2011
    - Pendaftaran mula jam 1700.
    - Kem Tandop, Merbok.(Berdekatan Balai Polis juga)

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

    Abu Ubaidah Sharudin - 013 6284940

    p/s: Jom kita isikan masa terluang kita dengan perkara yang diredhai Allah.
    MS-17
    0551, 19 Mei 2011
    Rumahku, Yan, Kedah.

    'Weil China'

  • Tuesday, May 17, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : , ,

  • Alhamdulillah, selesai khatam novel 'Weil CHINA'. Novel ini ditulis oleh Emine Syenlikoglu atau Aminah Uzqan Syenlikoglu. Beliau merupakan penulis terkemuka Turki yang sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki dan telah dipenjara beberapa kali kerana karya-karyanya ini.

    Saya sendiri mengakui penyeksaan yang dilalui sebagaimana yang diceritakan dalam novel beliau ketika fahaman ateis dan komunis berevolusi hanya layak pada ahli neraka sahaja. Pada mulanya saya sendiri merasakan tidak mampu untuk menghabiskan novel ini kerana tidak sanggup untuk menggambarkan penyeksaan yang mereka lalui sepanjang revolusi tersebut. Teramatlah dahsyat. Namun perasaan ingin mengetahui penghujung kisah dua beradik yang terlalu ketat perasaan kasih mereka pada suatu ketika dahulu, kemudian setelah kefahaman ateis ini meresap sedikit demi sedikit tanpa disedari dan mereka berdua mula hilang terus pegangan Islam. Iniliah yang dibimbangi bapanya sejak kecil dahulu lagi. Kefahaman ateis dan komunis yang telah menyelimuti jiwa 2 beradik tersebut telah menyebabkan timbul rasa benci pada kedua ibubapa mereka sendiri. Mereka melihatkan bapa mereka seperi anjing kurap dan rasa seperti ingin melapah sendiri kulit ayah mereka itu. Begitu zalim dan bahayanya kefahaman ateis dan komunis jika dicantum dengan materialiti dalam hati.

    Ikuti kisah yang benar-benar berlaku ini dengan menjelajah sendiri novel ini. Wajib baca! [klik disini untuk beli online]

    p/s: ermm..lepas nie mungkin akan beralih ke novel 'Hero' pula. 'Takdir' nanti dulu...hehe

    MS-17
    1216, 18 Mei 2011
    Rumahku, Yan, Kedah.

    Baru Kini Terasa Pengorbanan Sebenar Seorang Guru.

  • Monday, May 16, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : , ,
  • ~kenangan bersama Sir Azman sebelum pengumuman keputusan SMRAMM. Alhamdulillah, semuanya lulus dan tidak ada yg kurang dari pangkat JAYYID.~

    Semenjak kelmarin saya melihat para pelajar sibuk mempersiapkan prasarana serta tugasan masing-masing. Begitu juga diri saya sendiri. Tahun-tahun sebelum ini saya juga sentiasa sibuk begini, tetapi jujurnya saya tidak pernah merasai suatu perasaan ini yang hanya hadir setelah saya tamat zaman persekolahan. Segalanya bagi saya sebelum ini tidak lain dan tidak bukan sekadar adat majlis tahunan. Betapa kosongnya tika itu. Mungkin kerana saya masih lagi akan bersama-sama para guru dan pendidik dalam tempoh yang lama pada ketika itu.

    Tetapi saat ini, tika ini, waktu ini, detik ini, saya merasakan begitu bermakna adanya seorang guru.

    Berdirinya saya kini adalah hasil didikan insan-insan yang tabah, yang gagah, yang semangatnya tidak mudah patah dan sama sekali tidak akan mengalah pada cabaran yang menggugah.

    Terima kasih pada kalian semua yang bergelar guru, khususnya yang mengenali diri ini terutama Sir Azman. Namamu tidak akan ku lupakan meskipun usia di akhir senja.

    Balasan mesej yang tidak akan saya lupakan dari Sir Azman.

    "Syukran 'Ammar,
    Bernasyidlah sehingga ke akhir hayatmu. Moga nanti dunia akan bernasyid atas pemergianmu. Selamat Hari Guru Munsyid(bukan mursyid)."

    p/s:'Asif atas ketidak'update'an akibat masa yang tidak terurus. InsyaAllah saya masih lagi sedang belajar mengurus masa dengan betul.
    MS-17
    2005, 16 Mei 2011
    Rumahku, Yan, Kedah.