Alhamdulillah, selesai khatam novel 'Weil CHINA'. Novel ini ditulis oleh Emine Syenlikoglu atau Aminah Uzqan Syenlikoglu. Beliau merupakan penulis terkemuka Turki yang sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki dan telah dipenjara beberapa kali kerana karya-karyanya ini.
Saya sendiri mengakui penyeksaan yang dilalui sebagaimana yang diceritakan dalam novel beliau ketika fahaman ateis dan komunis berevolusi hanya layak pada ahli neraka sahaja. Pada mulanya saya sendiri merasakan tidak mampu untuk menghabiskan novel ini kerana tidak sanggup untuk menggambarkan penyeksaan yang mereka lalui sepanjang revolusi tersebut. Teramatlah dahsyat. Namun perasaan ingin mengetahui penghujung kisah dua beradik yang terlalu ketat perasaan kasih mereka pada suatu ketika dahulu, kemudian setelah kefahaman ateis ini meresap sedikit demi sedikit tanpa disedari dan mereka berdua mula hilang terus pegangan Islam. Iniliah yang dibimbangi bapanya sejak kecil dahulu lagi. Kefahaman ateis dan komunis yang telah menyelimuti jiwa 2 beradik tersebut telah menyebabkan timbul rasa benci pada kedua ibubapa mereka sendiri. Mereka melihatkan bapa mereka seperi anjing kurap dan rasa seperti ingin melapah sendiri kulit ayah mereka itu. Begitu zalim dan bahayanya kefahaman ateis dan komunis jika dicantum dengan materialiti dalam hati.
Ikuti kisah yang benar-benar berlaku ini dengan menjelajah sendiri novel ini. Wajib baca! [klik disini untuk beli online]
p/s: ermm..lepas nie mungkin akan beralih ke novel 'Hero' pula. 'Takdir' nanti dulu...hehe
MS-17
1216, 18 Mei 2011
Rumahku, Yan, Kedah.
0 komentar:
Post a Comment