Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image
Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Baru Kini Terasa Pengorbanan Sebenar Seorang Guru.

  • Monday, May 16, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : , ,
  • ~kenangan bersama Sir Azman sebelum pengumuman keputusan SMRAMM. Alhamdulillah, semuanya lulus dan tidak ada yg kurang dari pangkat JAYYID.~

    Semenjak kelmarin saya melihat para pelajar sibuk mempersiapkan prasarana serta tugasan masing-masing. Begitu juga diri saya sendiri. Tahun-tahun sebelum ini saya juga sentiasa sibuk begini, tetapi jujurnya saya tidak pernah merasai suatu perasaan ini yang hanya hadir setelah saya tamat zaman persekolahan. Segalanya bagi saya sebelum ini tidak lain dan tidak bukan sekadar adat majlis tahunan. Betapa kosongnya tika itu. Mungkin kerana saya masih lagi akan bersama-sama para guru dan pendidik dalam tempoh yang lama pada ketika itu.

    Tetapi saat ini, tika ini, waktu ini, detik ini, saya merasakan begitu bermakna adanya seorang guru.

    Berdirinya saya kini adalah hasil didikan insan-insan yang tabah, yang gagah, yang semangatnya tidak mudah patah dan sama sekali tidak akan mengalah pada cabaran yang menggugah.

    Terima kasih pada kalian semua yang bergelar guru, khususnya yang mengenali diri ini terutama Sir Azman. Namamu tidak akan ku lupakan meskipun usia di akhir senja.

    Balasan mesej yang tidak akan saya lupakan dari Sir Azman.

    "Syukran 'Ammar,
    Bernasyidlah sehingga ke akhir hayatmu. Moga nanti dunia akan bernasyid atas pemergianmu. Selamat Hari Guru Munsyid(bukan mursyid)."

    p/s:'Asif atas ketidak'update'an akibat masa yang tidak terurus. InsyaAllah saya masih lagi sedang belajar mengurus masa dengan betul.
    MS-17
    2005, 16 Mei 2011
    Rumahku, Yan, Kedah.

    Malam Mahabbah Asrama 2010

  • Thursday, November 25, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : , ,

  • Tanggal 14 November 2010 telah menyaksikan detik-detik terakhir Generasi ke-8 berada bersama adik-adik yang lain dalam satu program yang gilang-gemilang.

    Setiap pertemuan itu
    akan wujudnya perpisahan
    kerana dengan itu
    manusia akan belajar
    pelbagai jenis ragam manusia
    hanya diri dan iman
    yang menentukan

    ragam mana yang hendak diambil
    sebagai pedoman hidup

    Wahai adik-adikku
    generasi selepas generasiku,
    jadilah kalian
    seorang yang taat kepada
    PEMIMPIN
    GURU
    ALLAH,
    kerana dengannya
    kalian akan peroleh kekuatan
    untuk menghadapi cabaran
    yang saban hari kian mencabar,
    jangan biarkan
    penyesalan
    yang menggunung
    apabila kalian keluar
    dari planet aneh ini,
    Hargailah Peluang Yang Masih Tersisa.

    p/s: geram betol dengan soalan sejarah tadi. Lepas geram kat sini.
    0540, 18 ZulHijjah 1431
    Bilik Komputer MMY, Yan

    ..::[10 10 10]::..

  • Thursday, October 14, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,
  • Sebelum ini hari-hariku sentiasa berlalu dengan penuh ceria bersama senyuman yang sentiasa menghiasi kehidupannku. Indah. Tenang. Damai. Persis sekawan layang-layang yang terbang bebas merentas Khatulistiwa.


    Tiba tanggal 101010, terasa seperti dihentam badai Tsunami. Segala ketenanganku diragut tanpa sekelumit bicara keadilan dan pertimbangan. Mulai saat inilah segala kegusaran, kerisauan dan kegelisahan menyelimuti diriku sehinggakan diriku lemas. Terasa seperti ingin membiarkan diriku sahaja terus mati. Tamparan yang ku terima kali ini terlalu hebat dalam sejarah riwayat hidupku. Peristiwa yang akan kekal segar dalam benak kehidupanku.


    Syukran Sir atas peringatan yang tidak terjangkau dan sukar untuk diterima oleh mana-mana benak segenap insan yang leka dengan ketenangan seperti diriku ini. Namun iman yang sedikit ini berjaya memanipulasikan keadaan. InsyaAllah manusia yang menggunakan akal tidak akan mengulangi kesilapannya dua kali.


    p/s: Sanah Helwah yaa Ukhti -Angah(101010). Jangan jadi macam diriku ini.

    0007, 06 ZulQa'edah 1431

    Pantai Murni, Yan, Kedah

    Pemergian'mu'

  • Monday, September 13, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :


  • Tatkala aku mendengar takbir raya, hatiku terasa sungguh sayu kerana hal demikian menandakan berakhirnnya pertemuanku dengan penghulu segala bulan. Apakah sempat untukku bertemu kembali bulan ini pada masa akan datang..?

    “Ya Allah sampaikanlah hayatku ke Ramadhan akan datang. Pertemukanlah aku dengan’nya’ kembali.”

    1945, 30 Ramadhan 1431

    Dalam perjalanan Alor Setar – Yan.

    Terkedu..!!

  • Monday, September 6, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :



  • Terkedu tatkala melihat mereka,
    Terkedu tatkala melihat perbuatan mereka,
    Terkedu tatkala melihat kesanggupan mereka,
    Terkedu tatkala melihat kehilangan sifat malu yang dibina,
    Terkedu tatkala melihat pergaulan mereka,
    Terkedu tatkala melihat perubahan mereka,
    Terkedu tatkala melihat sahabat sendiri ternoda.

    Bicara hatiku yang TERKEDU melihat pelbagai karenah yang berlaku di hadapan mata kepala sendiri. Sanggup menjual persepsi tudung labuh. Jiwa ini bagaikan ditoreh-toreh pisau belati melihat keadaan itu. Namun demi menjaga ukhwah yang regang ini, diri ini memaksa untuk terus kekal senyum dan tenang.

    "Ya Allah berikanlah kesedaran kepada mereka-mereka ini."

    p/s: tolonglah doakan mereka supaya dapat kembali atas trek yang dilalui satu ketika dahulu.

    1905, 28 Ramadhan 1431
    Alor Setar, Kedah.
    bloggermuslim