Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Sia-sialah Mereka yang Beribadah di Bulan Ramadhan

  • Sunday, August 7, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :

  • Terkejut dengan tajuk di atas?

    Tidak perlu bertanya kenapa dan mengapa kerana hal demikian adalah benar.

    Berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W, " Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak perlu dengan puasanya dari makan dan minum" Hadis riwayat Al-Bukhari.

    Ertinya: "Boleh jadi orang yang bangun qiamullail itu hanya mendapat letihnya sahaja dan boleh jadi orang yang berpuasa itu hanya perolehi lapar dan dahaganya sahaja" (Hadis Riwayat Ahmad, Ath-Thabarani dan Al-Baihaqi dari Ibn Umar, juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dari Abu Hurairah dengan redaksi sedikit berbeda.)

    Maka saya sambungkan lagi ayat tajuk saya supaya lebih lengkap, "Sia-sialah mereka yang beribadah di bulan ramadhan kerana tidak meninggalkan perbuatan dan perkataan dusta atau maksiat."

    Perumpamaan, "Setelah berbulan berbanting tulang di dalam sawah bendang, tiba masa musim menuai kita tidak diberikan sedikit pun hasil pulangan dari pekerjaan yang kita lakukan oleh kerana hanya termaki-hamun seorang sahabat kita. Apakah perasaan anda?

    Marilah bersama kita jadikan bulan Ramadhan ini sebagai satu platform untuk kita bermujahadah dari yang buruk kepada baik, dari yang baik kepada yang lebih baik, dan dari yang lebih baik kepada yang terrbaiikk. InsyaAllah, anda mampu mengubahnya.

    ~ms17~
    0930 a.m 08 Ramadhan 1432
    Medan At-Thaqafi, KTD

    Perancang Terbaik

  • Saturday, August 6, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,
  • Sungguh lama,
    bahkan terlalu lama
    siDia mendiamkan diri
    Apakah Dia telah melupakanku,
    atau dia sudah meninggalkanku?

    Saba
    r
    dan terus bersabar

    apakah segala ini punya hikmah?
    ya,
    sudah tentu ya
    segala yang berlaku
    pasti punya hikmah tersendiri
    apa yang perlu
    adalah ber "SABAR"

    Dia : penulis
    Aku : blog kepunyaan penulis

    Puisi di atas sebenarnya bukanlah untuk ditujukan kepada siapa-siapa, tetapi hanya rekaan monolog antara saya dan blog saya ini. Sebenarnya saya telah terhijab seketika dengan password yang saya sendiri reka. Pelik bukan. Namun itulah realitinya. Mungkin ada mana-mana dosa yang telah saya lakukan sehingga Allah menghijabkannya dari saya. Alhamdulillah, setelah begitu lama cuba mengingati dan mendaftar masuk, akhirnya Allah bukakan hijab itu ketika mana saya selesai menunaikan suatu solat sunat. Alhamdulillah.


    Jangan kita sangka perkara yang kita sudah begitu mahir, bahkan terlalu mahir akan boleh hilang serta merta tanpa sebarang sebab. Allah yang berikan ilmu itu dan Allah juga berhak untuk menariknya semula pada bila-bila masa. Namun jangan kita begitu cepat mengalah. Sesungguhnya segala perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita sebagai umat Nabi Muhammad S.AW.

    RAMADHAN KAREEMM!!

    p/s: sesiapa boleh bantu saya ajarkan macam mana nak pendekkan artikel then letakkan continue reading..sangat2 mngharapkan bantuan.

    ~ms17~
    0850 a.m
    07 Ramadhan 1432
    Kolej Teknologi Darulnaim

    Harap Maaf, Segala Kesulitan Amat Dikesali

  • Wednesday, August 3, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :

  • Harap maaf, blog dalam pembikinan semula. Segala pertanyaan dan cadangan boleh hantar ke email saya true_dreams@rocketmail.com.


    11.00 a.m 04 Ramadhan 1432
    Kampus Kolej Teknologi Darulnaim
    Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan

    KAHFI & ProCAST

  • Wednesday, May 18, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,

  • Masih belum mempunyai perancangan cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah??

    Saya ada penyelesaiannya.

    KAHFI atau Kem Asah Fakulti Insan


    Procast atau Program Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji.

    - Terbuka hanya untuk pelajar Tingkatan 4.(SPM 2012)
    - 06-08 Jun 2011
    - Pendaftaran mula jam 1700.
    - Kem Tandop, Merbok.(Berdekatan Balai Polis juga)

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

    Abu Ubaidah Sharudin - 013 6284940

    p/s: Jom kita isikan masa terluang kita dengan perkara yang diredhai Allah.
    MS-17
    0551, 19 Mei 2011
    Rumahku, Yan, Kedah.

    'Weil China'

  • Tuesday, May 17, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : , ,

  • Alhamdulillah, selesai khatam novel 'Weil CHINA'. Novel ini ditulis oleh Emine Syenlikoglu atau Aminah Uzqan Syenlikoglu. Beliau merupakan penulis terkemuka Turki yang sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki dan telah dipenjara beberapa kali kerana karya-karyanya ini.

    Saya sendiri mengakui penyeksaan yang dilalui sebagaimana yang diceritakan dalam novel beliau ketika fahaman ateis dan komunis berevolusi hanya layak pada ahli neraka sahaja. Pada mulanya saya sendiri merasakan tidak mampu untuk menghabiskan novel ini kerana tidak sanggup untuk menggambarkan penyeksaan yang mereka lalui sepanjang revolusi tersebut. Teramatlah dahsyat. Namun perasaan ingin mengetahui penghujung kisah dua beradik yang terlalu ketat perasaan kasih mereka pada suatu ketika dahulu, kemudian setelah kefahaman ateis ini meresap sedikit demi sedikit tanpa disedari dan mereka berdua mula hilang terus pegangan Islam. Iniliah yang dibimbangi bapanya sejak kecil dahulu lagi. Kefahaman ateis dan komunis yang telah menyelimuti jiwa 2 beradik tersebut telah menyebabkan timbul rasa benci pada kedua ibubapa mereka sendiri. Mereka melihatkan bapa mereka seperi anjing kurap dan rasa seperti ingin melapah sendiri kulit ayah mereka itu. Begitu zalim dan bahayanya kefahaman ateis dan komunis jika dicantum dengan materialiti dalam hati.

    Ikuti kisah yang benar-benar berlaku ini dengan menjelajah sendiri novel ini. Wajib baca! [klik disini untuk beli online]

    p/s: ermm..lepas nie mungkin akan beralih ke novel 'Hero' pula. 'Takdir' nanti dulu...hehe

    MS-17
    1216, 18 Mei 2011
    Rumahku, Yan, Kedah.

    Baru Kini Terasa Pengorbanan Sebenar Seorang Guru.

  • Monday, May 16, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : , ,
  • ~kenangan bersama Sir Azman sebelum pengumuman keputusan SMRAMM. Alhamdulillah, semuanya lulus dan tidak ada yg kurang dari pangkat JAYYID.~

    Semenjak kelmarin saya melihat para pelajar sibuk mempersiapkan prasarana serta tugasan masing-masing. Begitu juga diri saya sendiri. Tahun-tahun sebelum ini saya juga sentiasa sibuk begini, tetapi jujurnya saya tidak pernah merasai suatu perasaan ini yang hanya hadir setelah saya tamat zaman persekolahan. Segalanya bagi saya sebelum ini tidak lain dan tidak bukan sekadar adat majlis tahunan. Betapa kosongnya tika itu. Mungkin kerana saya masih lagi akan bersama-sama para guru dan pendidik dalam tempoh yang lama pada ketika itu.

    Tetapi saat ini, tika ini, waktu ini, detik ini, saya merasakan begitu bermakna adanya seorang guru.

    Berdirinya saya kini adalah hasil didikan insan-insan yang tabah, yang gagah, yang semangatnya tidak mudah patah dan sama sekali tidak akan mengalah pada cabaran yang menggugah.

    Terima kasih pada kalian semua yang bergelar guru, khususnya yang mengenali diri ini terutama Sir Azman. Namamu tidak akan ku lupakan meskipun usia di akhir senja.

    Balasan mesej yang tidak akan saya lupakan dari Sir Azman.

    "Syukran 'Ammar,
    Bernasyidlah sehingga ke akhir hayatmu. Moga nanti dunia akan bernasyid atas pemergianmu. Selamat Hari Guru Munsyid(bukan mursyid)."

    p/s:'Asif atas ketidak'update'an akibat masa yang tidak terurus. InsyaAllah saya masih lagi sedang belajar mengurus masa dengan betul.
    MS-17
    2005, 16 Mei 2011
    Rumahku, Yan, Kedah.

    HIJRAH MENARA GADING 2011 (HIMEGA)

  • Tuesday, April 5, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,
  • Hijrah Menara Gading 2011(HiMeGa 2011) akan berlangsung pada 22-23 April 2011 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Gombak. Untuk lepasan SPM/STAM/STPM sahaja. Marilah bersama menghadiri program ini. Yuran sangat berpatutan. Segala info dan pertanyaan boleh menghubungi urusetia-urusetia seperti dalam poster di bawah.

    (klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

    HiMEGA merupakan program bagi mendedahkan lepasan SPM kepada suasana sebenar universiti. Seterusnya mempersiapkan mereka dengan bekalan yang perlu sebelum melangkah ke alam IPT.

    Uniknya program ini kerana... ia memusatkan kecermelangan akademik berteraskan Islam.

    "Nurturing Alim Mujahid" bermaksud "Kearah melahirkan Alim Mujahid".

    Alim Mujahid mempunyai 5 ciri:

    1. Aqidah yang sejahtera
    2. Kefahaman Islam yang jernih
    3. Cemerlang Akademik
    4. Aktif berdakwah
    5. Kerjaya sebagai method dakwah

    Perkongsian dan pengisian sepanjang program ini akan berkisar seputar 5 ciri Alim Mujahid ini. Terdapat juga "Sharing moment" antara abang - abang dan kakak - kakak sepanjang program ini.

    Wajib daftar online (klik disini untuk daftar online)

    ~Pilihlah laluan yang betul. Jangan menyesal pada kemudian hari. Akibatnya sukar untuk berpatah balik~

    ~Ilmu itu cahaya dan cahaya itu tidak akan bersama kegelapan~

    MS-17

    1255, 06 April 2011

    CyberCafe An's HiTech, Yan, Kedah.

    Multimedia College - Permohonan diterima.

  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :
  • Petang tadi saya telah menerima sepucuk surat berukuran A4 bersampulkan dari Syarikat Telekom Malaysia(TM). Ya, surat tawaran ke Multimedia College(MMC). Permohonan saya tempoh hari untuk terjun dalam kos diploma in Creative New Media telah diganti kepada diploma in Accounting with Multimedia.


    Masalahnya sekarang saya kurang berminat dalam bidang tersebut(account). Tetapi ibubapa selalu mensarankan bidang tersebut. Apakah yang harus saya lakukan? Kehendak sendiri? atau menturuti sahaja kata ibubapa? Ya, Istikharah adalah jalan penyelesaiannya. Moga Allah bantu.

    Tetapi kini saya sedang menuggu permohonan saya ke Darul Quran. InsyaAllah jika saya diterima dan layak ketika ditemuduga, segala tawaran dan permohonan ke mana-mana IPT lain akan saya abaikan kerana DQ adalah PILIHAN dan DESTINASI UTAMA saya. Tidak ada IPT tempatan yang dapat menandingi keunggulan DQ dalam jiwa saya. InsyaAllah, doakan saya semoga tercapai perkara yang dihajatkan.

    ~Semoga 'Ammar Abu Kassim dapat menyambung pengajian beliau di Darul Quran. Ameen~

    (syukran kepada mereka yang membaca ayat ini..hehe)


    MS-17

    2340, 05 April 2011

    Rumahku, Yan, Kedah.

    Tahniah V.T Maktab Mahmud Yan..!!

  • Monday, April 4, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,
  • (kilk pada gambar untuk paparan lebih jelas)

    Kejayaan Maktab Mahmud Yan melangkah ke pusingan separuh akhir MSSD daerah Yan/Kuala Muda yang mengumpulkan tidak kurang dari 30 penyertaan dari semua sekolah telah mengejutkan pihak penganjur kerana ini merupakan kali pertama MMY menyertai kejohanan Bola Tampar MSSD sejak ditubuhkan dahulu. Sekalung penghargaan dari saya kepada Volleyball Team MMY yang bertungkus lumus dalam memenangi setiap perlawanan.

    Sedikit ulasan dari ketua pasukan, Uzair Rusli.

    "Alhamdulillah, kami sendiri tidak menyangka dapat melangkah sejauh ini. Pada mulanya kami hanya mensasarkan pengalaman bukan kejayaan kerana ini merupakan penyertaan sulung kami sejak dulu lagi. Tapi apa yang Allah bagi ini mungkin bonus untuk kami disamping tanggungjawab yang lebih berat dalam menyampaikan Islam dalam bersukan kerana orang yang bertarbiyah perlu menjadi contoh kepada mereka yang masih belum memahami erti kata Islam yang sebenar, InsyaAllah. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih kami Coach Khodir yang banyak memberi tunjuk ajar dari kami zero kepada hero. Juga kepada Ustaz Ahadi, Ustaz Nasir, Ustazah Noraini, Cikgu Rubiah, Teacher Mawar yang sentiasa membakar semangat kami ketika di atas gelanggang. Tidak lupa juga kepada Abang 'Ammar yang menjadi driver kami dan setia bersama kami dari pagi hingga ke petang. Semoga usaha dan pengorbanan kita ini dikira sebagai amalan yang diberkati Allah S.W.T"

    Pasukan yang layak ke separuh akhir yang akan bertembung pada hari selasa 05 April 2011:

    [SMK Yan]-[SMK Sultan Mat Jiwa]-[Maktab Mahmud Yan]-[MRSM Merbok]

    ~Moga kalian berjaya menunjukkan Islam yang sebenar dalam gelanggang kelak~

    MS-17
    2223, 03 April 2011
    Rumahku, Yan, Kedah.