Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

UNIC..? UNIQUE..? UNIQ..?

  • Thursday, September 30, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,

  • Assalamu'alaikum sekali lagi...
    Post kali ini pun berkaitan dengan nasyid juga. Nak buat macam mana dah minat penulis. Tidak mengapa kita straight to the point pada tajuk di atas.

    UNIC? Unique? Uniq? mana satu yang betul?
    Mungkin itulah yang sedang bermain dalam kepala otak peminat kumpulan nasyid ini. Okey berikut merupakan penjelasan tentang nama kumpulan tersebut yang memeningkan kepala anda.

    UNIC kepada Unique

    Pada awal tahun 2010 yang lalu, UNIC telah menamatkan kontrak bersama Hijjaz Records setelah 8 tahun bernaung di bawah syarikat rakaman nasyid yang terkenal itu.

    Bagi memudahkan cerita, Hijjaz Records tidak membenarkan kumpulan UNIQ menggunakan nama UNIC kerana nama tersebut adalah hak milik Hijjaz Records. Semenjak dari itu, kumpulan ‘UNIC’ menggunakan nama UNIQUE sebagai nama rasmi mereka.

    Penukaran nama baru ini (UNIQUE) sungguh mencabar. Sebagai buktinya, program yang diadakan di UiTM Pulau Pinang (seperti banner di bawah) terdapat banyak pertanyaan daripada warga kampus. Mereka bertanya, “Siapa UNIQUE?”, “Kumpulan nasyid baru ke?”, “Kumpulan tak femous aku tak nak pergi!”.

    Ternyata penukaran nama ini memberi kesan yang sangat besar kepada kumpulan UNIC, ramai yang ‘tidak kenal’ dengan kumpulan yang berusia 8 tahun ini secara tidak sengaja!

    Itulah cabaran awal nama UNIQUE kepada kumpulan ‘UNIC’!

    Unique kepada UNIQ

    ama UNIQUE tidak lama digunakan secara rasmi, ia akhirnya ditukar kepada UNIQ.

    Mengapa?

    Jawapannya ialah bagi memudahkan identiti kumpulan ‘UNIC’ dikenali dan dieja. Apabila kita menaip ‘UNIQUE’ di Google, ternyata terlalu banyak perkataan ‘UNIQUE’ terdapat di dalam internet. Bagi mengurangkan ‘persaingan’ dengan nama UNIQUE, kumpulan ini sekali lagi menukar nama mereka dengan nama UNIQ.

    UNIQ kini UNIC

    Penulis percaya ramai di antara peminat yang keliru dengan status penggunaan nama ini. UNIQUE? UNIC? UNIQ? Mana satu yang betul ni?

    Usah pening wahai kalian, semuanya adalah sah dan pernah digunakan oleh mereka. Cuma masa sahaja yang berbeza.

    Bagi mereka yang mengikuti perkembangan kumpulan ini secara langsung, pasti faham dengan apa yang terjadi.

    Selepas menempuh onak dan duri, cabaran yang silih berganti, keletihan yang tidak berhenti, maka Allah telah mengurniakan kembali nama UNIC kepada kumpulan UNIQ. Alhamdulillah.

    Jadi, hari ini diumumkan kumpulan UNIQ telah kembali menggunakan nama UNIC.

    Terima kasih kepada Encik Isman Nadim (Hijjaz) kerana memberi kebenaran untuk UNIC bergerak bebas di landasan sendiri. Pemberian ini sangat bermakna bagi UNIC.

    UNIC - UNIQUE – UNIQ – UNIC.

    Anda sendiri perlu memahaminya.

    Ia satu fenomena!

    UNIC TERUS UNIK!!

    InsyaAllah sekadar ini dulu untuk post pada kali ini. Kita jumpa lagi di lain masa pada tempat yang sama iaitu maaksz.blogspot.com hehe..

    Sekian, Wallahualam..

    0030, 22 Syawal 1431

    Alor Setar, Kedah.

    Uniq, Devotees dan Fine di utara.

  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,

  • Salam..
    Alhamdulillah, dapat lagi penulis melancarkan darah pada bahagian jari jemari ini melalui post kali ini. Okey, pada kali ini penulis ingin membuat pengumuman tentang show secara live bersama kumpulan nasyid terkenal tanah air- UNIC, DEVOTEES dan FINE. Konsert pada kali ini diadakan di utara tanah air kita- Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah. Dijemput kepada semua peminat nasyid tanah air untuk memanaskan kerusi, merangsangkan telinga dan menenangkan jiwa dengan alunan nasyid dan selawat yang akan di utarakan oleh kumpulan-kumpulan nasyid tersebut dalam persembahan mereka. InsyaAllah nasyid bertajuk Binnabil Huda dari Unic merupakan salah sebuah nasyid yang akan dipersembahkan oleh mereka. Lagu ini memang best dan berjaya membuat hati penulis tertaut padanya. Semoga bagi mereka yang berhajat untuk menghadiri konsert tersebut berjaya menghadirinya dengan izin Allah.
    Okey setakat ini dahulu jari penulis beraksi di atas pentas keyboard. Semoga diketemukan lagi pada post akan datang, InsyaAllah.
    Wassalam..
    2135, 20 Syawal 1431
    Alor Setar, Kedah.

    Cerpen -Hanya Dengan Calciyum.

  • Friday, September 24, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :
  • Salam...
    Terasa gatal pula untuk mempost cerpen yang penulis terima daripada Group Karyawan Luar Negara(GKLN). Cerpen ini dihantar oleh salah seorang ahli GKLN untuk disemak oleh semua ahli GKLN. Cerpen ini diterima pada hari Jumaat lepas. Kalau tidak keberatan silalah baca.

    Maaf abang, kami tak benci abang, tetapi kami tak faham abang.
    Abang-abang tingkatan 5 yang lain, semua cakap abang ini gila kuasa, tak kenang kawan.
    Mereka suruh kami ponteng usrah abang semalam. Kami tak nak, tapi abang-abang yang lain ugut.

    Mu'tasim terkedu membaca surat itu di hujung penjuru beranda depan musolla. Dia tidak menyangka akan diperlakukan sehingga begini oleh kawan-kawannya.

    Kawan? dia pun tidak pasti apa yang boleh digelarkan untuk mereka. Dia sayangkan kawan-kawannya, sebab itu dia buat apa-apa yang dia patut buat.

    Tetapi, kawan-kawannya tidak faham, dan jauh lagi hendak memahami. Lumrah, manusia memusuhi apa-apa yang tidak difahami.

    Mu'tasim menggeleng. Dia menyeka air mata yang bergenang di kelopak matanya.

    Kawan-kawannya boleh memulaukan dia. Boleh mencerca dia. Tetapi tolong, jangan usik usrah dia.

    kerana usrah itulah jalan yang dia boleh berkongsi tanpa sebarang campur tangan peraturan... mencurahkan kasih dan rasa dihargai. Selaku ketua BADAR (Badan Dakwah dan Akhlak Remaja) di sekolahnya, Mu'tasim cuba sedaya-upaya menunjukkan bagaimana usrah harus diperlakukan: Bukan sekadar pengisian bahan, tetapi jua ikatan perasaan. Kerana manusia bukan robot, yang boleh menurut tanpa rasa dan banyak bicara!

    Namun, semalam Mu'tasim dikecewakan. Kecewa bagai tiada penghujung, kerana ahli usrahnya, tiada seorang pun yang muncul! Setengah jam dia menunggu, dan dia isi dengan membaca Al-Quran, namun masih tiada kelibat ahli usrahnya. Dia menoleh dan melihat kawan-kawannya tersenyum sinis kepadanya. Mu'tasim tidak mahu bersangka buruk, maka dia membalas senyuman itu.. dan sebaik sahaja dia menatap Al-Qurannya semula, deruan ketawa kecil kedengaran bagai mengejek-ejek Mu'tasim.

    Badannya menggigil, menahan sedih, kecewa, marah. Namun dikuatkan jiwanya, menahan segala rasa agar bara emosi tidak mencemari jernih rasionalnya. Air matanya mula menitis, jatuh bertitip-titip membasahi muka surat naskhah Al-Qurannya.

    Namun, Mu'tasim tidak menyimpan dendam kepada adik-adik usrahnya. Sebaik sahaja solat isya', dia pergi ke koperasi dan membeli 8 calciyum untuk membelanja adik-adik ahli usrahnya. Kemudian, dia meminta tolong seorang junior untuk menyampaikan kepada ahli usrahnya.

    fa'fu wasfahu.. maafkanlah dan berlapang dada.

    Itu hal semalam, namun, selepas subuh tadi, Azmirul, junior tingkatan 4 yang merupakan ahli usrahnya menghampiri Mu'tasim. Takut-takut, namun, mujur di beranda itu tiada sesiapa. Mu'tasim melemparkan senyuman dan dibalas Azmirul. Tanpa bercakap banyak, Azmirul menghulurkan kertas kajang yang dilipat 8, sambil berbisik, "terima kasih ye bang. Calciyum semalam."

    Selepas membaca surat tersebut, Mu'tasim melemparkan pandangannya ke sebalik jeriji kayu yang memagari beranda. Dia mengeluh berat. Angin sejuk bertiup, kicauan burung mengiringi simfoni alam itu, daun-daun pilu berbisik menambah alunan. Namun, hal alam itu pun tidak mampu menenteramkan gelojak jiwa Mu'tasim.

    Dia tidak faham, kenapa dia diperlakukan sebegini? Dia menjerit memanggil turun untuk solat berjemaah kerana sayangkan kawan-kawannya. Tetapi disalahertikan dia gila kuasa.

    Dia kejutkan awal untuk solat subuh agar mereka tidak dirotan ustaz, namun disalahertikan dia tunjuk alim.

    Dia buat solat subuh awal agar kawan-kawannya punya lebih masa untuk bersiap ke sekolah namun disalahertikan yang dia sengaja berbuat demikian agar lebih ramai yang akan dirotan kerana masbuk.

    Dia membaca surah yang panjang ketika rakaat pertama agar mereka sempat jadi makmum
    muafiq, tetapi disalahertikan bahawa dia tunjuk hebat.

    Dia laporkan ustaz tempat lepak kawan-kawannya ketika usrah agar mereka hadirkan diri, memberi komitmen dalam mencari Redha Allah, tetapi dituduh sengaja mencari kesalahan.

    Ya, semua itu disalahertikan oleh kawan-kawannya. Mujur, bukan semua kawan-kawannya. Ada segelintir juga dalam kalangan Pemimpin Pelajar Tingkatan 5 yang memberi sokongan moral dan fizikal kepada Mu'tasim dan juga AJK BADAR. Namun, mereka tidak dibenci oleh kawan-kawan tingkatan 5 yang lain seperti mana mereka membenci Mu'tasim. Tentu, jauh sekali, Mu'tasim mahu rakan-rakannya yang setia bersamanya dibenci sepertinya. Jadi, mesti ada kekurangan dalam dirinya, Mu'tasim akur. Dan Mu'tasim memohon ampun kepada Allah atas cela yang dibawa dalam menyampaikan agama yang suci ini.

    Yang paling Mu'tasim terkilan ialah Iqbal. Rakan baik, atau bekas rakan baiknya, mungkin. Iqbal sepatutnya menjadi ahli usrah Mu'tasim namun, dia tidak pernah hadir. Suatu hari, Iqbal dirotan di hadapan semua pelajar putera gara-gara ponteng usrah - dan sejak itu, kebencian Iqbal menjadi-jadi. Ada sahaja yang dipertikaikan, disalahertikan. Dan ramai pula yang mengikut Iqbal.

    Dari 8 bertukar 7 ahli usrah Mu'tasim. Namun, dia akur, itu pencaturan Ilahi, ada hikmah yang bakal menyusul.

    Mu'tasim bangkit, ingin menunaikan solat Dhuha. Tiba-tiba, satu suara memanggilnya. Mu'tasim menoleh.

    Iqbal!

    Mu'tasim membuka mulut,"Bal, izinkan aku solat dulu, lepas itu kau nak cakap apa, cakaplah.."

    Iqbal menghulurkan tangan, sambil menggelengkan kepala, "kejap Sim, aku nak cakap sikit. Aku nak minta maaf,"

    Terkedu Mu'tasim sebentar, "untuk apa?" balasnya ringkas.

    "untuk apa-apa yang aku buat untuk sakitkan hati kau. Aku minta maaf banyak-banyak, benda itu salah... cuma, aku ikutkan sangat syaitan, Sim. Semalam aku yang suruh budak-budak tu jangan datang usrah." Jelas Iqbal, sambil tangannya diselukkan ke dalam saku.

    "Tak pelah, yang dah lepas, lepas je la..." Mu'tasim balas ringkas. "Jom, solat dhuha," Mu'tasim mengajak.

    "Jom, biar aku ambil wudhu' dulu," Iqbal bergegas mendapatkan wudhu', kemudian dia menoleh kembali, "By the way, terima kasih Calciyum semalam,"

    Mu'tasim terpinga-pinga, oh Calciyum!Semalam dia terbeli 8, selalunya dia hanya mengehadkan kepada tujuh, kerana dia sering beranggapan Iqbal mungkin tak berminat.

    Dan Mu'tasim salah! namun dia gembira dengan kesalahannya itu.

    Sesungguhnya Allah ada cara tersendiri untuk mendedahkan rahmatnya... walau hanya dengan Calciyum!

    "Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib"
    Fussilat:34


    p/s: situasi di atas hampir sama seperti di sekolah penulis.
    wallahu'alam..
    1215, 16 Syawal 1431
    ISC MMY, Yan, Kedah.


    Menuju Wawasan

  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :
  • Salam..
    Alhamdulillah, dah genap seminggu blog nie tak update. Kelam kabut sikit keadaan asrama. Jadi penulis hanya mampu memberi info-info tentang nasyid tanah air kita sahaja pada kali ini.

    Nasyid terbaru dari Unique(nama asal UNIC) - [Menuju Wawasan]

    Lagu ini baru sahaja selesai dirakam(masih panas lagi) dan dipublish untuk album mereka yang akan datang. Lagu ini diambil dari kumpulan nasyid lama -Firdaus dan diedit dari segi muzik dan iramanya sedikit oleh ahli Unique -Bazli. Kini Bazli adalah tulang belakang Unique yang paling kukuh. Tidak dinafikan penulis tentang suaranya yang semakin meningkat sedap dan hebat. Menuju Wawasan merupakan single terbaru dari Unique yang kini hanya tinggal 3 orang ahli sahaja -Bazli, Fadzli dan Juara AQ Fakhrul Rodzi. Di bawah berkenaan lagu dan lirik nasyid tersebut.



    MENUJU WAWASAN

    .

    Wawasan Diri Penuhi Dada Dengan Ilmu

    Wawasan Agama Bekalan Masa Depan Dan Akhirat

    Kuat Usaha Jujur Dan Amanah

    Sentiasa Mengharap Keredhaan Allah

    .

    Chorus:

    Umat Islam Harus Cemerlang

    Hari Ini Mesti Lebih Baik Dari Semalam

    Jangan Buang Masa

    Siapa Kata Kita Tidak Boleh?

    Kita Ada Allah Maha Kuasa

    Kita Punya Kuasa Tenaga

    Doa Sebagai Senjata

    Umat Islam Sentiasa Boleh

    .

    Umat Islam Zaman Lampau

    Taat Perintah Rasulullah

    Bersama Berusaha Bersatu Tuju Wawasan

    Wawasan Dunia Dan Akhirat

    .

    Akidah Ibadah Harus Sempurna

    Ibadah Tanpa Akidah Wawasan Syaitan

    Ulama’ Warisan Anbia

    Pegangan Mereka Harus Diikut

    Ajaran Sesat Wajib Hindari

    .

    LAGU : FAIRUZ (SUARA FIRDAUS)

    LIRIK : FAIRUZ (SUARA FIRDAUS)

    GUBAHAN SEMULA : BAZLI UNIQ

    VOKAL : BAZLI, FAKHRUL DAN FADZLI (UNIQ)

    STUDIO RAKAMAN : ADA EXIST

    MIXING DAN MUZIK : GREG HENDERSON

    PENERBIT : BAZLI UNIQ

    Hayatilah nasyid ini, insyaAllah akan anda ketemu kehebatannya.

    Ada lagi 2 buah nasyid yang ingin penulis ketengahkan disini. Binnabil Huda dan Zikrullah by Unique n Inteam dalam album bersama terbaru mereka tahun ini Nur Muhammad. Penulis mengetahui ketiga-tiga lagu ini serentak minggu lepas, tapi tidak sempat untuk memperkenalkan kepada pembaca blog ini yang masih belum mengetahuinya. Binnabil Huda telah berjaya memikat hati penulis. Rentaknya yang makin lama, makin menusuk kalbu memang hebat. Tahniah Bazli yang berjaya mencipta nasyid tersebut. Skill nasyid tersebut diambil sedikit dari skill Maher Zain. Tidak kurang juga Zikrullah yang merupakan nasyid yang mempunyai zikir pelbagai bahasa. Memang sedap jika didengar sehingga habis. Ketiga-tiga nasyid yang penulis sediakan ini boleh didapati di halaman web Youtube untuk versi video dan halaman 4shared.com untuk versi mp3.

    ..::[Berhiburlah cara Islam]::..

    Sekian sahaja post pada kali ini.

    Wallahu'alam..

    0015, 16 Syawal 1431

    ISC MMY, Yan, Kedah.

    Maher Zain -Awaken

  • Thursday, September 16, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :
  • Assalamu'alaik...
    InsyaAllah kali ini penulis mahu berkongsi sebuah nasyid yang sangat diminati buat masa sekarang. Mungkin sudah ramai(bkn mgkin, tp mmg) yang mengenali artist nasyid dari barat ini. Boleh kata(bkannya boleh kata, memang) semua track nasyid yang dibawa beliau best. Tempoh hari penulis sangat meminati track tajuk Barakallahulakuma, selepas itu Alhamdulillah, kemudian InsyaAllah, and then Thank You Allah(eh samalah ngan Alhamdulillah..hmm biarlah), dan yang terbaru sebelum Awaken ini adalah Always Be There(pada hal semua layan). Jadi sapa yang tidak pernah dengar atau pun sudah lupa bagaimana lagu ini, boleh lah layan kat bawah ini.

    PERINGATAN>>>>sila 'pause' muzik sedih nie kat bawah page sekali..baru lah best nak dengar.


    Ini lirik dia :
    MAHER ZAIN -AWAKEN

    We were given so many prizes
    We changed the desert into oasis
    We built buildings of different lengths and sizes
    And we felt so very satisfied
    We bought and bought
    We couldn't stop buying
    We gave charity to the poor 'cause
    We couldn't stand their crying
    We thought we paid our dues
    But in fact
    To ourselves we're just lying

    Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
    I'm walking with my head lowered from my race
    Yes it's easy to blame everything on the west
    When in fact all focus should be on ourselves

    We were told what to buy and we'd bought
    We went to London, Paris and Costa Del Sol
    We made show we were seen in the most exlusive shops
    Yes we felt so very satisfied

    We felt our money gave us infinite power

    We forgot to teach our children about history and honor
    We didn't have any time to lose
    When we were.. (were)
    So busy feeling so satisfied

    I'm walking with my head lowered in shame from my place
    I'm walking with my head lowered from my race
    Yes it's easy to blame everything on the west
    When in fact all focus should be on ourselves

    We became the visuals without a soul
    despite the heat
    Our homes felt so empty and cold
    To fill the emptiness
    We bought and bought
    Maybe all the fancy cars
    And bling will make us feel satisfied

    My dear brother and sister
    It's time to change inside
    Open your eyes
    Don't throw away what's right aside
    Before the day comes
    When there's nowhere to run and hide
    Now ask yourself 'cause Allah's watching you

    Is He satisfied?
    Is Allah satisfied?
    Is Allah satisfied?
    Is Allah satisfied?

    Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
    I'm walking with my head lowered from my race
    Yes it's easy to blame everything on the west
    When in fact all focus should be on ourselves

    Dah habis dengar kalau minat lagi, hafal lah. Penulis sendiri sedang dalam proses menghafal lirik ini. Semua nasyid yang penulis minati akan dihafal, itu lah hobi dia.
    InsyaAllah setakat ini sahaja entry kali ini. Semoga Allah redha.
    Wallahu'alam...
    Sekian.

    p/s: tak dak idea nak update blog, yang nie jer lah..huu

    Pemergian'mu'

  • Monday, September 13, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :


  • Tatkala aku mendengar takbir raya, hatiku terasa sungguh sayu kerana hal demikian menandakan berakhirnnya pertemuanku dengan penghulu segala bulan. Apakah sempat untukku bertemu kembali bulan ini pada masa akan datang..?

    “Ya Allah sampaikanlah hayatku ke Ramadhan akan datang. Pertemukanlah aku dengan’nya’ kembali.”

    1945, 30 Ramadhan 1431

    Dalam perjalanan Alor Setar – Yan.

    Peluang Terakhir..!!

  • Wednesday, September 8, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :
  • jangan biarkan ia terus malap

    Seandainya kau masih menyayangi 'nya', Perhatikan apa yang inginku perkatakan. Saat kau menyalakan pelita-pelita raya bagi menampakkan lagi kehangatan sinar Aidilfitri, apakah kau telah lupa akan cahaya Ramadhan yang kian malap dek manusia yang sibuk dengan persiapan raya. Fikirkanlah sejenak...

    Berapa banyak nikmat yang kau gapai sepanjang pertemuanmu dengan'nya'..? Lalu apakah telah kau lunaskan hak-hak yang ada pada diri'nya'..?

    Janganlah biarkan ia berlalu pergi begitu saja tanpa sebarang pengharapan. Kejarlah ia. Jangan biarkan keindahan teragung'nya' pergi bagitu sahaja. Bersungguh-sungguhlah sebelum ia pergi meninggalkan kita. Adakah kita akan diberi peluang untuk bersua dengan'nya' pada masa akan datang? Anggaplah ini adalah pertemuan terakhir dengan'nya'.

    Sesungguhnya orang yang beriman akan senantiasa menanti dan mengharapkan kehadiran bulan ini(Ramadhan). Setiap mereka akan memancarkan cahaya kegembiraan apabila diberi peluang untuk bertemu semula. Tetapi mereka sangat sedih apabila pertemuan mereka mulai berakhir.

    Ingatlah, para sahabat dahulu menghitung pemergian bulan ini dengan saat demi saat, detik demi detik. Tetapi amat kasihan akan ummah sekarang. Mereka menghitung pemergian bulan ini dengan hari demi hari, minggu demi minggu. Begitulah jauh bezanya keadaan ummah dahulu dan sekarang.

    Hidupkanlah Ramadhan dengan amalmu meskipun diambang lebaran yang membelenggu.

    0130, 30 Ramadhan 1431
    Alor Setar, Kedah.

    Mencakna Iman 1

  • Tuesday, September 7, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :
  • Assalamu'alaikum..
    Di sini penulis ingin pembaca menilai dan mentafsir sendiri situasi yang diceritakan ini.

    **********
    Pada suatu hari, Mat dan Tam keluar ke pekan bersama-sama. Tanpa disedari Tam, Mat telah mengajak seorang gadis keluar ke pekan pada waktu dan hari yang sama. Kemudian Mat mula memperkenalkan gadis tersebut kepada Tam. Tam kelihatan teruja dengan penampilan gadis tersebut. Namun gadis tersebut tampak sedikit malu dengan Tam. Mungkin tidak beberapa mengenali Tam. Setelah mereka puas bersiar-siar membeli barang bersama. Tam dan Mat mula mengundurkan diri untuk pulang. Sebelum berpisah mengambil haluan masing-masing, Tam sempat berdialog sebentar bersama Mat.

    "weh, kau hebat arh dapat ajak pompuan keluar."bicara Tam.

    "Biaasssa bro. Tengok orang lah." sambung Mat sambil tersengih mendepakan tangannya.
    "Weh, kasi aku no telepon dia jap."

    "kau nak buat apa?" soal Mat spontan.

    "alaah..bukan nak wat apa pon. Just nak kenal-kenal jer. Nak borak-borak, camtu jer. Takkanlah tak boleh kot." Tam menyatakan alasan untuk menjayakan hasratnya.

    "Wush..! Mana boleh. Dosa tu. Wala taqrabuzzina." Mat dangan segera menepis alasan Tam itu.

    "Alamak kau ni. Aku bukannya nak buat apa. Cuma nak simpan jer pon. Nanti kalau aku kahwin ker, boleh aku jemput dia makan kenduri." Tam cuba mempelbagaikan alasan.

    "Tak yah lah. Aku nak jauhkan kau dari maksiat ni. Kau sepatutnya berterima kasih sebab ada kawan macam aku yang nak halang kau dari buat maksiat." Mat cuba untuk meleraikan perkara ini.

    "Tengkorak kau! Habis tu yang kau ajak dia keluar nie pekebendanya? Kira amal kebajikan lah tu. Bukannya maksiat kan." Tam mula meninggikan suaranya.
    *********
    -Cuba perhatikan situasi di atas dan berikan pandangan anda.
    -Pembaca boleh cipta sendiri bagaimana penghujungnya mengikut cita rasa anda.(nak ceritakan kat bahagian komen pon boleh.)

    p/s: kejadian ini berlaku di hadapan mata kepala penulis sendiri.

    0315, 29 Ramadhan 1431
    Alor Setar, Kedah.

    Terkedu..!!

  • Monday, September 6, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :



  • Terkedu tatkala melihat mereka,
    Terkedu tatkala melihat perbuatan mereka,
    Terkedu tatkala melihat kesanggupan mereka,
    Terkedu tatkala melihat kehilangan sifat malu yang dibina,
    Terkedu tatkala melihat pergaulan mereka,
    Terkedu tatkala melihat perubahan mereka,
    Terkedu tatkala melihat sahabat sendiri ternoda.

    Bicara hatiku yang TERKEDU melihat pelbagai karenah yang berlaku di hadapan mata kepala sendiri. Sanggup menjual persepsi tudung labuh. Jiwa ini bagaikan ditoreh-toreh pisau belati melihat keadaan itu. Namun demi menjaga ukhwah yang regang ini, diri ini memaksa untuk terus kekal senyum dan tenang.

    "Ya Allah berikanlah kesedaran kepada mereka-mereka ini."

    p/s: tolonglah doakan mereka supaya dapat kembali atas trek yang dilalui satu ketika dahulu.

    1905, 28 Ramadhan 1431
    Alor Setar, Kedah.

    Wajah Baruku..!!

  • Saturday, September 4, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :
  • Assalamu'laikum....

    Pertama kali ingin sekali saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat ilahi yang memberi nikmat kelapangan dan kesihatan untuk saya melakukan perubahan pada blog saya yang sudah bertahun bersawang dan berdebu gara-gara kemalasan diri saya sendiri. Kini angin semangat yang baru sedang bertiup kencang dalam diri saya. InsyaAllah saya berharap semangat ini tidak akan terhenti lagi setelah sekian lama berada dalam keadaan vakum. Doa-doalah supaya saya boleh istiqamah atas jalan ini, jalan yang diredhoiNya, insyaAllah. Blog ini masih lagi dalam pembinaan, sekiranya mana-mana link yang anda klik tidak wujud atau tidak terpaut, harap maaf.
    Sekian saja sebagai warm up jari jemari ini.

    Wassalam.