Pertama sekali saya minta maaf atas kelewatan post pada kali ini. Pada mula rancangan saya setelah pulang dari kem adalah untuk mempertingkatkan lagi blog ini kepada daily update, namun beberapa masalah yang timbul(internet x pasang lagi, komputer pulak rosak) berjaya membantutkan perancangan saya ini serta satu lagi perancangan besar yang sedang saya usahakan. Meskipun begitu, saya akan cuba juga untuk sentiasa update blog ini dari semasa ke semasa walaupun tidak mencapai dailyupdate. InsyaAllah.
[Perasaan/Semangat] vs [IMAN]
Sepintas lalu berdasarkan tajuk di atas, pihak manakah yang anda rasakan akan menang?
Tentunya sebahagian besar atau keseluruhan kalian mengatakan IMAN. Betul.
Sejarah juga memperlihatkan kemenangan sentiasa dipihak IMAN.
Dengan IMAN, Bilal Bin Rabah dapat menahan seksaan dari kaum kafir.
Dengan IMAN, Amar bin Yasir tabah menghadapi kekejaman pembunuhan ibu dan bapanya di hadapan matanya sendiri.
Dengan IMAN, Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan Kota Kostantinopel.
Dengan IMAN juga kalian akan dapat meneruskan hidup sekalipun dihimpit emosi, obligasi serta delusi yang senantiasa menjadi teman akrab kalian dan juga saya dalam merencanakan kehidupan yang sementara ini.
Tentunya sebahagian besar atau keseluruhan kalian mengatakan IMAN. Betul.
Sejarah juga memperlihatkan kemenangan sentiasa dipihak IMAN.
Dengan IMAN, Bilal Bin Rabah dapat menahan seksaan dari kaum kafir.
Dengan IMAN, Amar bin Yasir tabah menghadapi kekejaman pembunuhan ibu dan bapanya di hadapan matanya sendiri.
Dengan IMAN, Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan Kota Kostantinopel.
Dengan IMAN juga kalian akan dapat meneruskan hidup sekalipun dihimpit emosi, obligasi serta delusi yang senantiasa menjadi teman akrab kalian dan juga saya dalam merencanakan kehidupan yang sementara ini.
Jika kalian memilih SEMANGAT
Jika kalian memilih SEMANGAT sebagai penggerak utama dalam kehidupan, maka ketahuilah bahawa semangat itu tidak akan kekal lama jika tidak disertakan dengan IMAN. Hal demikian kerana SEMANGAT tanpa kehadiran IMAN akan luntur apabila timbul sesuatu masalah.
SEMANGAT sahaja tidak akan kekal lama apabila ianya tidak disebatikan dengan IMAN.
Jika kalian memilih IMANSEMANGAT sahaja tidak akan kekal lama apabila ianya tidak disebatikan dengan IMAN.
Maka pilihlah IMAN kerana IMAN merupakan suatu kekuatan bagi orang Islam yang tidak pernah kenal erti kegagalan dan penat lelah selagi mana nyawa masih melekat pada jasad. Oleh itu bergeraklah atas jalan kehidupan ini menggunakan kekuatan IMAN untuk merempuh halangan yang membuatkan kita lemah dan mula jatuh. Ketahuilah, Allah tidak akan meletakkan satu ujian ke atas hambaNYA sekiranya hambaNYA tidak mampu untuk berhadapan ujian itu.
Untuk terus consistant/Istiqamah/berterusan dengan kekuatan IMAN, kalian haruslah memperoleh keFAHAMan, kemudian berSABAR dengan apa yang berlaku seterusnya ISTIQAMAH.
Penutup
Untuk kesekian kalinya kita sering terdengar dan terbaca di dada akhbar tentang kes bunuh diri dan kesemua peristiwa yang menjadi penyebab kepada perkara terrsebut adalah putus cinta, gagal ujian, tekanan jiwa, perniagaan bankrupt dan lain-lain lagi hal yang bagi saya remeh jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan yang dilakukan oleh para sahabat dahulu. Keperitan hidup yang mereka lalui lebih pedih dan terseksa jika dibandingkan dengan kita. Sebagai pengajaran, kita boleh lihat pada kisah Amar bin Yaser yang ibunya disula sehingga mati di depan mata kepalanya sendiri, ayahnya pula diseksa dan dibunuh juga di depan matanya. Namun sedikit pun Amar tidak rasa untuk beralah dan feedup dengan kehidupannya. Inilah dia kekuatan IMAN yang sebenar dalam Islam.
Marilah bersama kita muhasabah kembali. Adakah kita sudah meletakkan IMAN betul-betul di atas trek kehidupan kita. Jangan lah kalian merasa sudah cukup dengan diri kalian sekarang!
p/s:asif kerana lama tidak mengemas kini blog ini. Sedikit masalah yang saya hadapi buat masa ini.
MS-17
1625, 26 Safar 1432
New Vision Cyber Cafe, Yan, Kedah
0 komentar:
Post a Comment