Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Mencakna Iman 1

  • Tuesday, September 7, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :
  • Assalamu'alaikum..
    Di sini penulis ingin pembaca menilai dan mentafsir sendiri situasi yang diceritakan ini.

    **********
    Pada suatu hari, Mat dan Tam keluar ke pekan bersama-sama. Tanpa disedari Tam, Mat telah mengajak seorang gadis keluar ke pekan pada waktu dan hari yang sama. Kemudian Mat mula memperkenalkan gadis tersebut kepada Tam. Tam kelihatan teruja dengan penampilan gadis tersebut. Namun gadis tersebut tampak sedikit malu dengan Tam. Mungkin tidak beberapa mengenali Tam. Setelah mereka puas bersiar-siar membeli barang bersama. Tam dan Mat mula mengundurkan diri untuk pulang. Sebelum berpisah mengambil haluan masing-masing, Tam sempat berdialog sebentar bersama Mat.

    "weh, kau hebat arh dapat ajak pompuan keluar."bicara Tam.

    "Biaasssa bro. Tengok orang lah." sambung Mat sambil tersengih mendepakan tangannya.
    "Weh, kasi aku no telepon dia jap."

    "kau nak buat apa?" soal Mat spontan.

    "alaah..bukan nak wat apa pon. Just nak kenal-kenal jer. Nak borak-borak, camtu jer. Takkanlah tak boleh kot." Tam menyatakan alasan untuk menjayakan hasratnya.

    "Wush..! Mana boleh. Dosa tu. Wala taqrabuzzina." Mat dangan segera menepis alasan Tam itu.

    "Alamak kau ni. Aku bukannya nak buat apa. Cuma nak simpan jer pon. Nanti kalau aku kahwin ker, boleh aku jemput dia makan kenduri." Tam cuba mempelbagaikan alasan.

    "Tak yah lah. Aku nak jauhkan kau dari maksiat ni. Kau sepatutnya berterima kasih sebab ada kawan macam aku yang nak halang kau dari buat maksiat." Mat cuba untuk meleraikan perkara ini.

    "Tengkorak kau! Habis tu yang kau ajak dia keluar nie pekebendanya? Kira amal kebajikan lah tu. Bukannya maksiat kan." Tam mula meninggikan suaranya.
    *********
    -Cuba perhatikan situasi di atas dan berikan pandangan anda.
    -Pembaca boleh cipta sendiri bagaimana penghujungnya mengikut cita rasa anda.(nak ceritakan kat bahagian komen pon boleh.)

    p/s: kejadian ini berlaku di hadapan mata kepala penulis sendiri.

    0315, 29 Ramadhan 1431
    Alor Setar, Kedah.

    0 komentar: