Hmm...Alhamdulillah ada sedikit kesempatan untuk saya berkongsi sedikit maklumat yang saya peroleh berdasarkan buku yang sedang saya baca 'Palestin Kami Datang' hasil tulisan sepasang mempelai bidang penulisan saudari Fatimah Syarha bersama suaminya yang tercinta Dr. Farhan Hadi.
Dalam buku ini sepasang suami isteri ini menceritakan tentang perjalanan relawan-relawan HALUAN dari Malaysia. Bermacam emosi dan delusi yang dapat kita lihat berdasarkan video-video yang pernah ditayangkan. Melalui buku ini anda akan berpeluang untuk lebih menyelami peristiwa-peristiwa yang berlaku di atas Kapal Mavi Marmara.
Gazze 1 ~kapal kargo
Disebalik nama Kapal Rachel Corrie
Kapal Rachel Corrie ~kapal kargo
Selain Mavi Marmara, ada lagi beberapa buah kapal jenis penumpang dan jenis kargo yang mengikuti konvoi berkenaan, antaranya Rachel Corrie-kargo, Eleftheri Mesogios-kargo, Sfedoni-penumpang, Gazze 1 -kapal kargo dan 4 buah kapal lagi yang lain. Untuk menget
ahui lebih lanjut, dapatkan lah buku ini.
Rachel Corrie yang kita ketahui milik Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya mempunyai cerita disebalik pengambilan nama tersebut untuk kapal itu. Kapal Rachel Corrie dinamakan sempena nama seorang wanita warga Amerika berusi
a 23 tahun yang terbunuh disodok jentera berat milik Israel. Rachel Corrie merupakan seorang siswi dan aktivis kemanusiaan dari Olympia, Washington. Beliau datang ke Gaza bersama aktivis-aktivis lain yang bergabung dalam International Solidarity Movem
ent (ISM).
Rachel Aliene Corrie
1979~2003
Saksi mengatakan Corrie cuba menghalang sebuah jentolak Israel daripada meranapkan sebuah rumah rakyat palestin. Beliau memakai jaket oren yang terang namun jentolak Israel terus melenyeknya. Israel kemudian menyatakan bahawa insiden itu adalah satu kemalangan yang tidak dapat dielakkan.
Keluarga beliau telah memfailkan saman kepada kerajaan Israel dan mendesak kerajaan Amerika Syarikat membuat siasatan terhadap kes tersebut. Namun ia ditolak mentah-mentah oleh kerajaan Amerika yang mementingkan tembolok Yahudi berbanding rakyatnya sendiri. Begitu malang sekali rakyat Amerika kerana negara yang diharapkan untuk melindungkan rakyatnya sebenarnya tidak boleh diharap.
Jadi ternyata disini Amerika Syarikat sekarang berada dibawah telunjuk Israel. Sedarlah manusia. Kalian sedang dipertanggungjawabkan atas pembebasan bumi Palestin kerana disitulah tembok keamanan dunia.
1138. 27 Zulhijjah 1431
Alor Setar, Kedah
0 komentar:
Post a Comment