Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

'Weil China'

  • Tuesday, May 17, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : , ,

  • Alhamdulillah, selesai khatam novel 'Weil CHINA'. Novel ini ditulis oleh Emine Syenlikoglu atau Aminah Uzqan Syenlikoglu. Beliau merupakan penulis terkemuka Turki yang sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki dan telah dipenjara beberapa kali kerana karya-karyanya ini.

    Saya sendiri mengakui penyeksaan yang dilalui sebagaimana yang diceritakan dalam novel beliau ketika fahaman ateis dan komunis berevolusi hanya layak pada ahli neraka sahaja. Pada mulanya saya sendiri merasakan tidak mampu untuk menghabiskan novel ini kerana tidak sanggup untuk menggambarkan penyeksaan yang mereka lalui sepanjang revolusi tersebut. Teramatlah dahsyat. Namun perasaan ingin mengetahui penghujung kisah dua beradik yang terlalu ketat perasaan kasih mereka pada suatu ketika dahulu, kemudian setelah kefahaman ateis ini meresap sedikit demi sedikit tanpa disedari dan mereka berdua mula hilang terus pegangan Islam. Iniliah yang dibimbangi bapanya sejak kecil dahulu lagi. Kefahaman ateis dan komunis yang telah menyelimuti jiwa 2 beradik tersebut telah menyebabkan timbul rasa benci pada kedua ibubapa mereka sendiri. Mereka melihatkan bapa mereka seperi anjing kurap dan rasa seperti ingin melapah sendiri kulit ayah mereka itu. Begitu zalim dan bahayanya kefahaman ateis dan komunis jika dicantum dengan materialiti dalam hati.

    Ikuti kisah yang benar-benar berlaku ini dengan menjelajah sendiri novel ini. Wajib baca! [klik disini untuk beli online]

    p/s: ermm..lepas nie mungkin akan beralih ke novel 'Hero' pula. 'Takdir' nanti dulu...hehe

    MS-17
    1216, 18 Mei 2011
    Rumahku, Yan, Kedah.

    Baru Kini Terasa Pengorbanan Sebenar Seorang Guru.

  • Monday, May 16, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : , ,
  • ~kenangan bersama Sir Azman sebelum pengumuman keputusan SMRAMM. Alhamdulillah, semuanya lulus dan tidak ada yg kurang dari pangkat JAYYID.~

    Semenjak kelmarin saya melihat para pelajar sibuk mempersiapkan prasarana serta tugasan masing-masing. Begitu juga diri saya sendiri. Tahun-tahun sebelum ini saya juga sentiasa sibuk begini, tetapi jujurnya saya tidak pernah merasai suatu perasaan ini yang hanya hadir setelah saya tamat zaman persekolahan. Segalanya bagi saya sebelum ini tidak lain dan tidak bukan sekadar adat majlis tahunan. Betapa kosongnya tika itu. Mungkin kerana saya masih lagi akan bersama-sama para guru dan pendidik dalam tempoh yang lama pada ketika itu.

    Tetapi saat ini, tika ini, waktu ini, detik ini, saya merasakan begitu bermakna adanya seorang guru.

    Berdirinya saya kini adalah hasil didikan insan-insan yang tabah, yang gagah, yang semangatnya tidak mudah patah dan sama sekali tidak akan mengalah pada cabaran yang menggugah.

    Terima kasih pada kalian semua yang bergelar guru, khususnya yang mengenali diri ini terutama Sir Azman. Namamu tidak akan ku lupakan meskipun usia di akhir senja.

    Balasan mesej yang tidak akan saya lupakan dari Sir Azman.

    "Syukran 'Ammar,
    Bernasyidlah sehingga ke akhir hayatmu. Moga nanti dunia akan bernasyid atas pemergianmu. Selamat Hari Guru Munsyid(bukan mursyid)."

    p/s:'Asif atas ketidak'update'an akibat masa yang tidak terurus. InsyaAllah saya masih lagi sedang belajar mengurus masa dengan betul.
    MS-17
    2005, 16 Mei 2011
    Rumahku, Yan, Kedah.

    HIJRAH MENARA GADING 2011 (HIMEGA)

  • Tuesday, April 5, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,
  • Hijrah Menara Gading 2011(HiMeGa 2011) akan berlangsung pada 22-23 April 2011 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Gombak. Untuk lepasan SPM/STAM/STPM sahaja. Marilah bersama menghadiri program ini. Yuran sangat berpatutan. Segala info dan pertanyaan boleh menghubungi urusetia-urusetia seperti dalam poster di bawah.

    (klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

    HiMEGA merupakan program bagi mendedahkan lepasan SPM kepada suasana sebenar universiti. Seterusnya mempersiapkan mereka dengan bekalan yang perlu sebelum melangkah ke alam IPT.

    Uniknya program ini kerana... ia memusatkan kecermelangan akademik berteraskan Islam.

    "Nurturing Alim Mujahid" bermaksud "Kearah melahirkan Alim Mujahid".

    Alim Mujahid mempunyai 5 ciri:

    1. Aqidah yang sejahtera
    2. Kefahaman Islam yang jernih
    3. Cemerlang Akademik
    4. Aktif berdakwah
    5. Kerjaya sebagai method dakwah

    Perkongsian dan pengisian sepanjang program ini akan berkisar seputar 5 ciri Alim Mujahid ini. Terdapat juga "Sharing moment" antara abang - abang dan kakak - kakak sepanjang program ini.

    Wajib daftar online (klik disini untuk daftar online)

    ~Pilihlah laluan yang betul. Jangan menyesal pada kemudian hari. Akibatnya sukar untuk berpatah balik~

    ~Ilmu itu cahaya dan cahaya itu tidak akan bersama kegelapan~

    MS-17

    1255, 06 April 2011

    CyberCafe An's HiTech, Yan, Kedah.

    Multimedia College - Permohonan diterima.

  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :
  • Petang tadi saya telah menerima sepucuk surat berukuran A4 bersampulkan dari Syarikat Telekom Malaysia(TM). Ya, surat tawaran ke Multimedia College(MMC). Permohonan saya tempoh hari untuk terjun dalam kos diploma in Creative New Media telah diganti kepada diploma in Accounting with Multimedia.


    Masalahnya sekarang saya kurang berminat dalam bidang tersebut(account). Tetapi ibubapa selalu mensarankan bidang tersebut. Apakah yang harus saya lakukan? Kehendak sendiri? atau menturuti sahaja kata ibubapa? Ya, Istikharah adalah jalan penyelesaiannya. Moga Allah bantu.

    Tetapi kini saya sedang menuggu permohonan saya ke Darul Quran. InsyaAllah jika saya diterima dan layak ketika ditemuduga, segala tawaran dan permohonan ke mana-mana IPT lain akan saya abaikan kerana DQ adalah PILIHAN dan DESTINASI UTAMA saya. Tidak ada IPT tempatan yang dapat menandingi keunggulan DQ dalam jiwa saya. InsyaAllah, doakan saya semoga tercapai perkara yang dihajatkan.

    ~Semoga 'Ammar Abu Kassim dapat menyambung pengajian beliau di Darul Quran. Ameen~

    (syukran kepada mereka yang membaca ayat ini..hehe)


    MS-17

    2340, 05 April 2011

    Rumahku, Yan, Kedah.

    bloggermuslim