Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Secubit Garam, Secawan Manisan

  • Thursday, December 23, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,
  • Alhamdulillah dapat juga saya siapkan cerpen yang tidaklah seberapa selepas berhempas pulas menyiapkan pada pagi ini. Cerpen ini saya dapat idea selepas membaca post seorang akhwat yang menceritakan tentang jasa para pendidik beliau. Syukran keatas beliau.
    Cerpen bersiri 'Impak' buat masa ini berhenti seketika dan akan bersambung pada masa akan datang insyaAllah. Cerpen ini adalah yang terakhir sehingga saya tamat kursus Jatidiri tersebut.

    Secubit Garam, Secawan Manisan

    ~Sedikit ujian mengandungi hikmah yang besar~

    Pagi itu udara sungguh segar dan nyaman. Suhunya pula seakan terlalu rendah, tidak hairanlah kalau ada yang berjogging pagi-pagi begini memakai sweater. Kesejukan pagi ini sentiasa memeluk erat tubuhku ketika aku ke sekolah. Aku akan mula keluar rumah dan berbasikal ke sekolah ketika telunjuk jam berarah tepat pada nombor tujuh. Ya, 7.00 pagi.

    “Mak, Amirul pergi dulu yer.” Aku meminta restu ibuku setiap kali hendak ke sekolah.

    “Okey, jaga akhlak kamu.” Nasihat yang acap kali ku dengar dicorong telingaku. Namun aku tidak pernah sedikit pun rasa bosan. Mungkin aku ini anak yang soleh, hehe. Getus hati kecilku.

    **********

    “Amirul..! Kenapa result trial kamu teruk sangat?!! Orang lain semua ada lah juga 2-3 A. Kamu?!! Satu A pun tak dak!” Cikgu Sya melenting ke arahku ketika aku menghantar buku latihan yang telah dikutip ketua kelas. Ketika ini semua mata tertumpu pada aku yang tercegat di hadapan pintu bilik guru menahan malu. Maruah aku seakan sedang disentap kuat dengan kata-kata yang bagiku tidak patut dizahirkan oleh seseorang guru.

    Aku hanya tunduk diam menahan malu. Diam lebih baik dari berkata-kata. Ya, baru aku ingati hadis Rasulullah itu.

    “ Kamu nie nak belajar ke tak nak. Kalau tak nak, lagi baik berhenti belajar. Pergi kerja dengan tukang kebun yang dungu tu. Buat apa belajar kalau dah kepala otak tu tak boleh nak terima dah. Belajar pun BODOH macam tu jugak.” Kini kata-kata Cikgu Sya semakin panas dan pedih. Bukan sahaja aku yang dikatakannya, malah tukang kebun yang banyak membantu dalam membersihkan dan mengindahkan sekolah supaya timbul suasana belajar juga dikaitkannya. Meskipun mereka tidak terpelajar namun sumbangan mereka juga amat besar dalam menyediakan suasana yang indah dan bersih. Inikan pula digelarkan mereka dungu.

    Cukup panas anak telingaku yang sedang mendengar kutukan itu. Hatiku terasa amat pedih dihiris kasar oleh ketajaman bicara Cikgu Sya. Rasa hormatku kepadanya kian kini kian menipis.

    “Cikgu, setiap manusia ada nilai dia tersendiri. Cikgu tak berhak nak kata dan menghukum saya dan tukang kebun tu sebegitu rupa. Setiap manusia tidak akan lari dari kesilapan. Bohonglah cikgu kalau tiada orang yang tidak pernah melakukan kesilapan. Man laa yukhti’u laa yaf ‘alu syai’..!!” tidak semena-mena aku bertindak refleks membidas kata-kata kasar cikguku itu. Aku sendiri terkejut dengan tindakan ku itu. Semua orang di dalam bilik guru terdiam memandangku. Aku menyegerakan diri untuk pergi dari situ.

    **********

    Proses pengajaran dan pembelajaran berakhir pada tengah hari itu. Namun kosong. Ternyata kosong jiwaku sepanjang hari tersebut. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Segala ilmu pada hari itu laksana angin. Walaupun dipekup beberapa kali, tetap terasa kosong.

    Tengah hari itu ketika semua pelajar pulang, aku masih lagi berteleku di hadapan mejaku di dalam kelas. Aku masih lagi rungsing memikirkan hal demikian yang memalukan dan menyakitkan.

    Nafsuku sentiasa mengatakan bahawa tindakan aku tadi terlalu ringan, tiada apa yang perlu dikisahkan. Kalau boleh biarlah syadid sikit. Bagi panas balik hati cikgu tu. Tidak adil lah Cuma sebelah pihak sahaja yang sengsara. Namun hati kecilku pula berbisik, hormatilah seseorang itu walaupun dia hanya mengajarmu sepatah ayat. Kerana bagi mereka guru-guru hampir-hampir menjadi seorang rasul.

    “Amirul, ana faham apa perasaan enta. Biasalah tu, cikgu itu pun kan manusia juga. Tentu juga akan melakukan kesalahan.”

    Kedengaran satu suara dari arah pintu belakang. Suara itu cukup aku kenali. Suara itu lah yang sering menasihati dan memotivasi diriku dikala aku jatuh. Kata-katanya kali ini kembali mengingatkan aku. Aku betul-betul tersentak dengan kata-katanya.

    ‘Cikgu itu pun manusia. Tentu juga akan melakukan kesalahan

    Kemudian aku kembali mengingati kata-kata yang telah aku lontarkan kepada Cikgu Sya sebagai serangan balas pada pagi tadi.

    Setiap manusia tidak akan lari dari kesilapan. Bohonglah cikgu kalau tiada orang yang tidak pernah melakukan kesilapan. Man laa yukhti’u laa yaf ‘alu syai’

    Ya, cikgu pun manusia. Tentu saja akan melakukan kesalahan.

    “Tapi mengapa harus saya dan tukang kebun yang tidak semena-mena itu yang menjadi mangsa kesilapan cikgu.” Rungutku kepada Ustaz Adam yang masih tersandar dibahu pintu belakang kelas dengan senyuman manis yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

    “Amirul, ketahuilah setiap perkara atau ujian yang melanda diri kita itu terkandung di dalamnya hikmah. Hikmah ini hanya dapat dilihat pada orang yang melihat pada sudut atau pandangan yang berlainan dari orang lain.” Jelas Ustaz Adam dengan tenang.

    Memang tidak dapat disangkal, setiap kata-kata atau nasihat Ustaz Adam amat mudah untuk diresapi dalam jiwaku. Aku amat senang dengan Ustaz Adam. Rata-rata ustaz dan cikgu yang ada di sekolah ini, Ustaz Adam lah yang paling rapat dengan ku.

    “Sudut yang berlainan? Macam mana itu Ustaz.” Aku semakin terbuka dan sedikit tenang.

    “Sudut yang berlainan tu maksudnya lebih kurang Husnu Zhon lah. Bersangka baik. Dalam erti kata lain, think positive.” Terang Ustaz sambil memandang keluar.

    “Contohnya cuba kamu lihat di situ.” Ustaz Adam menunjukkan jarinya ke arah seekor kucing yang sedang menggigit tengkok anaknya.

    “Ish, kenapa kucing itu gigit tengkok anaknya ustaz. Zalim betul.” Keluh aku yang hidup baru setahun jagung.

    “Tidak Amirul. Itu lah yang Ustaz cuba katakan. Cuba berfikir pada sudut yang kedua, sudut positif. Anak kucing itu dilakukan sedemikian untuk dilindungi oleh ibunya dari serangan haiwan lain.Tetapi jika kita tidak tahu pun tentang itu, cukuplah sekadar percaya yang sesuatu perkara itu pasti ada hikmahnya.” Ustaz Adam mejelaskan satu persatu.

    “Amirul, enta perlu hidup dalam dunia yang bersyukur. Bersyukurlah kepada mereka yang menyakiti enta, kerana merekalah yang menguatkan dan menabahkan hati enta. Bersyukurlah kepada mereka yang menyeksa atau memperilakukan enta, kerana mereka lah yang menguji tahap kesabaran enta.” Ustaz Adam member input tambahan yang amat bermakna bagiku.

    Kini barulah aku faham. Tiada siapa yang bersalah dalam hal ini kerana manusia memang tidak akan lari dari kesilapan dan mereka berhak untuk mendapat peluang kedua untuk berubah. Aku tidak boleh terus menghukum Cikgu Sya sedemikian rupa kerana dia juga manusia, malahan saudara seIslam. Tidak akan sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri.

    Sesekali perlu juga ujian sebegini untuk menguji imanku dan menabahkan hatiku serta menajamkan lagi keimanan ku. Janganlah kamu mengaku beriman selagi mana belum diuji.

    “Dosa kita dengan Allah mudah untuk diampunkan kerana Allah itu Maha pengampun kecuali dosa syirik. Tetapi dosa kita dengan manusia hanya boleh terhapus jika dimaafkan oleh manusia itu sendiri.” Tambah ustaz setelah beberapa ketika membisu.

    Aku faham maksud ustaz. Dia ingin aku yang terlebih dahulu meminta maaf dari Cikgu Sya.

    Tengah hari itu aku pulang dengan sedikit senyuman terukir selepas bersalaman dengan Ustaz Adam. Aku tekad untuk meminta maaf daripada Cikgu Sya esok pagi dan berjanji akan lebih tekun belajar untuk memburu kejayaan. InsyaAllah.

    p/s: Kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati. Hanya watak Ustaz Adam yang diambil berdasarkan perwatakan beliau ketika mengajar di sekolah penulis. Ustaz Adam memang seorang yang ceria dan mudah untuk berbincang untuk membuat perancangan. Penulis amat rapat dengan beliau ketika beliau mengajar di sini. Moga Allah merahmati Ustaz Adam dan keluarga.

    MS-17

    0930, 18 MUHARRAM 1432

    ALOR SETAR, KEDAH

    Kursus Jatidiri & Kesukarelawanan Remaja 2010-2011

  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : , ,
  • Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja

    InsyaAllah pada 25hb Disember 2010 ini saya akan mengikuti program seperti yang disebut di atas. Moga ianya berjalan dengan lancar.

    Kepada aQua dan beberapa orang yang lain harap maafkan saya kerana tidak dapat memenuhi hajat kalian dalam menulis cerpen diruangan ini buat masa sekarang. Masa yang ada sekarang digunakan untuk mengemas dan menge'pack' barang-barang rumah kerana tidak lama lagi saya akan berpindah ke Yan dan insyaAllah akan terus menetap disana. Bukan sengaja untuk saya tidak siapkan, tetapi saya perlu selesaikan beberapa perkara yang lebih utama, Fikh Al-Awliyat.

    Harap maaf perkara yang saya janjikan tidak dapat dipenuhi. InsyaAllah setelah pulang dari kem tersebut saya akan cuba untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada bindang penulisan ini disamping menyiapkan saki baki majalah MUMTAZ (majalah sekolah) yang masih berbaki untuk edisi 2010.

    Sebelum itu saya ada sedikit kata-kata yang ingin dikongsikan bersama.

    "Binalah harapan/impian, atau ia tidak akan jadi kenyataan"

    Kata-kata ini saya peroleh daripada filem animasi Jepun "King of Thorn". Sekalipun jalan ceritanya hanya sekadar dongeng, namun ianya amat sukar untuk difahami bagi golongan kanak-kanak.

    Sekadar ini sahaja post pada kali ini. InsyaAllah saya akan cuba juga update blog ini dalam masa terdekat. Moga Allah redha.
    MS-17
    0347, 18 Muharram 2010
    Alor Setar, Kedah

    Gimik baru MSP & MADS

  • Friday, December 10, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :

  • Alhamdulillah, akhirnya siap juga gimik MAAKSZ Studio Production (MSP) dengan kerjasama M.U.Y Arts & Design Studio (MADS). InsyaAllah selepas ini kami akan bersama mengorak langkah kehadapan dengan lebih jauh. Doakan lah kejayaan kami.

    Trailer Salam Terakhir ~Sebuah filem MMY Studio dengan kerjasama MSP.

    Sekembalinya Mereka (Relawan HALUAN)

  • Sunday, December 5, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,
  • Pak cik Kader yang berbaju oren.-tiga dari kiri

    Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang anggota relawan HALUAN dalam misi menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa Gunung Merapi di Indonesia. Seramai 7 orang relawan dari seluruh Malaysia. Salah seorangnya adalah sahabat Alor Setar Pak cik Kadir yang mewakili negeri Kedah dan Perlis(klu tak silap lah). Bantuan ini akan berterusan mengikut minggu-minggu yang ditetapkan, insyaAllah.

    Moga segala usaha dan amalan ini dikira oleh Allah.
    1134, 30 ZulHijjah 1431
    Bilik Komputer MMY, Yan, Kedah

    Disebalik MAAKSZ

  • Saturday, December 4, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :
  • logo terbaru

    Alhamdulillah...
    Sebenarnya saya hendak siapkan terlebih dahulu cerpen bersiri yang baru sahaja saya lancarkan bulan lepas, namun ada beberapa persoalan yang selalu timbul oleh pengunjung blog berkenaan nama blog saya yang agak(memang) ganjil bunyinya. Nak sebut pun susah.

    Nama ini saya dapat ilham sewaktu berada ditingkatan 3 kalau tak silap saya lah. Sejak saya mengkomersialkan nama ini terutama peringkat sekolah saya, banyak yang tersalah sangka dan ada yang sengaja memburuk sangka terhadap nama ini.

    2 perkataan yang paling belakang sekali(SZ) itulah yang sering dikaitkan dengan nama-nama wanita kelas sahibah(kelas pelajar perempuan yg sama tingkatan). Sebelum itu saya tidak tahu menahu pun tentang perkara ini. Namun Allah itu maha Adil, suatu hari senior saya(abg2 tingkatan 5) mula membuka mata saya dengan satu soalan,"Apa dia maksud MAAKSZ tu? Kalau yang depan tu nama enta, SZ belakang tu nama sapa?". Saya pada asalnya hendak menyembunyikan maksud nama tersebut dari semua orang, namun peristiwa ini telah membongkarkannya. Tidak mengapa daripada terus difitnah, lebih baik berterus terang.

    Saya cuba untuk berdalih dari menjawab pertanyaan senior. Namun kata-kata senior sedikit menendang kebuk jiwa.

    "Ana tau apa maksud SZ tu."
    "Apa dia?"
    "S*** Z*******"

    Bermula dari saat itu saya membongkar maksud sebenar nama ini. Namun tidak ramai juga yang mengetahuinya.

    -MA : nama penuh saya
    -AK : nama penuh ayah saya
    -S : nama datuk saya
    -Z : nama moyang saya

    Ada lagi nama generasi keturunan saya yang saya tidak letakkan kerana yang ini pun sudah terlalu panjang bagi saya. Hendak sebut pun susah.

    InsyaAllah, impian saya ingin jadikan nama tersebut sebagai satu nama syarikat multimedia pada masa akan datang.(ameen..)

    Sekian sahaja post saya pada kali ini. Harap tidak lagi berlaku salah faham terhadap nama tersebut dan membuka mata bagi pengunjung yang sentiasa tertimbul persoalan mengenai nama tersebut.
    1213, 29 ZulHijjah 1431
    Alor Setar, Kedah.

    Kem Minda Kreatif [kmk]

  • Friday, December 3, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label :

  • Alhamdulillah, dengan izin Allah, Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) akan menganjurkan Kem Minda Kreatif 2010 (KMK 2010). KMK 2010 Kedahmerupakan sebuah program cuti sekolah untuk pelajar-pelajar yang berumur 12-18 tahun (DARJAH 6 - TING. 6). Tawaran menarik bagi mereka yang selalu menantikan aktiviti yang mencabar dan melatih peningkatan iman dan ilmu.

    Nama program :

    Kem Minda Kreatif 2010

    Peringkat Negeri Kedah

    Tarikh :

    10 - 12 Disember 2010 (Jumaat - Ahad)

    Tempat :

    Kem D'Omland, Kg Bukit Kechil, Sg Petani, Kedah ** tempat baru

    Objektif KMK 2010 :

    1. Menerapkan kefahaman yang mendalam Islam sebagai penyelesaian permasalahan dalam hidup
    2. Memperlihatkan cara ibadah yang betul khususnya solat dan wuduk berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah
    3. Mendidik peserta untuk menghayati erti sebenar persahabatan dan silaturahim yakni ukhuwwah
    4. Mendidik peserta prinsip-prinsip Islam dalam adab sosial dan sahsiah.

    Tentatif :

    Lapor Diri - 10.00-11.30 pagi [10/12/10]

    Penutup - 10.30 pg -12.30 tgh [12/12/10]

    Bersurai - 12.30 tgh [12/12/10]

    Keperluan asas :

    Pakaian riadah (3 pasang)

    Pakaian solat

    Kasut sukan

    Lampu suluh

    Al-ma'tsurat/Al-Quran (jika ada)

    Yuran :

    Yuran : RM 70.00 seorang

    Tawaran : RM65.00 seorang (berkumpulan min 3 orang)

    Tarikh Tutup Pendaftaran

    Khamis, 9 Disember 2010

    Hubungi : (untuk sebarang pertanyaan)

    Cikgu Zamri (Alor Setar, Yan, Pendang) | 013 451 4345

    Cikgu Puzi (Baling / Kulim) | 019 480 0273

    Abu 'Ubaidah (Sg. Petani) | 013 628 4940

    Kem Minda Kreatif telah hampir 8 tahun diadakan di seluruh Malaysia. Boleh rujuk video di youtube.

    KMK 2010 adalah dibawah anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

    KeARAH adalah salah satu biro dibawah NGO HALUAN

    www.haluan.org.my

    *** Hadiah dan Cenderamata menarik menanti peserta

    Terbuka untuk adik2 DARJAH 6 juga


    Semua pelajar sekolah menengah agama digalakkan menyertai kem ini kerana sistem perasingan peserta lelaki dan perempuan dalam apa jua aktiviti dititik beratkan dalam program ini.

    Meskipun tidak berpeluang untuk bersama mengendalikan program tersebut, saya berdoa dan berharap program ini dapat berjalan dengan lancar. InsyaAllah.
    0222, 28 Zulhijjah 1431
    Alor Setar, Kedah

    Disebalik nama Kapal Rachel Corrie

  • Thursday, December 2, 2010
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,
  • Hmm...Alhamdulillah ada sedikit kesempatan untuk saya berkongsi sedikit maklumat yang saya peroleh berdasarkan buku yang sedang saya baca 'Palestin Kami Datang' hasil tulisan sepasang mempelai bidang penulisan saudari Fatimah Syarha bersama suaminya yang tercinta Dr. Farhan Hadi.

    Dalam buku ini sepasang suami isteri ini menceritakan tentang perjalanan relawan-relawan HALUAN dari Malaysia. Bermacam emosi dan delusi yang dapat kita lihat berdasarkan video-video yang pernah ditayangkan. Melalui buku ini anda akan berpeluang untuk lebih menyelami peristiwa-peristiwa yang berlaku di atas Kapal Mavi Marmara.
    Gazze 1 ~kapal kargo

    Disebalik nama Kapal Rachel Corrie
    Kapal Rachel Corrie ~kapal kargo

    Selain Mavi Marmara, ada lagi beberapa buah kapal jenis penumpang dan jenis kargo yang mengikuti konvoi berkenaan, antaranya Rachel Corrie-kargo, Eleftheri Mesogios-kargo, Sfedoni-penumpang, Gazze 1 -kapal kargo dan 4 buah kapal lagi yang lain. Untuk menget
    ahui lebih lanjut, dapatkan lah buku ini.

    Rachel Corrie yang kita ketahui milik Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya mempunyai cerita disebalik pengambilan nama tersebut untuk kapal itu. Kapal Rachel Corrie dinamakan sempena nama seorang wanita warga Amerika berusi
    a 23 tahun yang terbunuh disodok jentera berat milik Israel. Rachel Corrie merupakan seorang siswi dan aktivis kemanusiaan dari Olympia, Washington. Beliau datang ke Gaza bersama aktivis-aktivis lain yang bergabung dalam International Solidarity Movem
    ent (ISM).
    Rachel Aliene Corrie
    1979~2003

    Saksi mengatakan Corrie cuba menghalang sebuah jentolak Israel daripada meranapkan sebuah rumah rakyat palestin. Beliau memakai jaket oren yang terang namun jentolak Israel terus melenyeknya. Israel kemudian menyatakan bahawa insiden itu adalah satu kemalangan yang tidak dapat dielakkan.

    Keluarga beliau telah memfailkan saman kepada kerajaan Israel dan mendesak kerajaan Amerika Syarikat membuat siasatan terhadap kes tersebut. Namun ia ditolak mentah-mentah oleh kerajaan Amerika yang mementingkan tembolok Yahudi berbanding rakyatnya sendiri. Begitu malang sekali rakyat Amerika kerana negara yang diharapkan untuk melindungkan rakyatnya sebenarnya tidak boleh diharap.

    Jadi ternyata disini Amerika Syarikat sekarang berada dibawah telunjuk Israel. Sedarlah manusia. Kalian sedang dipertanggungjawabkan atas pembebasan bumi Palestin kerana disitulah tembok keamanan dunia.
    1138. 27 Zulhijjah 1431
    Alor Setar, Kedah
    bloggermuslim