Bersama UNIC
[Tiada Tajuk]
Pintu dikuak perlahan supaya tidak mengganggu insan lain yang sedang sibuk melayari bahtera mimpi yang entah sudah sampai ke mana. Tidur adalah salah satu nikmat yang amat berharga pada manusia. Namun jika tidur itu dilebih-lebihkan, hal demikian akan berubah dari nikmat kepada laknat.
Setiap langkahan menuju ke bilik air terasa sangat membebankan. Ikutkan hati mahu saja kembali ke atas katil. Tetapi seorang mukmin itu perlu menjalani kehidupan dengan iman, bukan perasaan. Inilah pesanan yang acap kali dilontarkan oleh sahabatnya.
Seusai berwudhuk baru terasa segarnya. Namun kesegaran itu tidak akan datang jika hanya berwudhuk, ianya perlu disertakan dengan keikhlasan kerana ikhlas merupakan titik penilaian Allah terhadap sesuatu pekerjaan yang dilakukan.
Solat sunat Tahajud didirikan serta disusuli beberapa solat sunat yang lain. Setiap pergerakan dalam solat dilakukan dengan penuh rasa kehinaan di hadapan Allah.
Tuhanku,
Dimalam syahdu ku merayu,
Ampunilah segala dosaku yang lalu.
Sujudku,
Mendambakan keredhaanMu,
Tempatkan aku didalam rahmatMu.
(Bisikan Malam – UNIC)
Lelehan air mata terus mengalir laju biarpun sudah beberapa kali diseka. Sesungguhnya setitis air mata kerana Allah mampu memadamkan api neraka yang kehitam-hitaman. Moga Allah terus redha. Sekujur tubuh seorang insan generasi Rabbani terus rebah di atas sejadah tempat yang akan menjadi saksinya diakhirat kelak.
**********
“Hei Nik, kenapa mata kau merah jer. Baru pagi, pukul 8.00 pun belum lagi.” Tegur seorang sahabatnya Huzaifah yang juga seorang pengawas. Huzaifah dan Nik ditugaskan pagi itu untuk menjaga pintu pagar sekolah.
“Entah lah, mungkin tak cukup tidur kot.” Nik cuba berdalih tetapi dia tidak pula berbohong. Nik memang seorang yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan dipuji kerana bimbang syaitan berjaya memasukkan jarum ujub dan sumu’ah. Apa sahaja perkara yang dia lakukan lebih suka dirahsiakan. Biarlah ia menjadi rahsia antara dia dan Allah saja.
“Amboi, dah ada buah hati ker yang tidur lewat-lewat ni.” Huzaifah cuba berceloteh sambil tersengih.
“Hmm…? Kenapa kalau ada pun?” Nik cuba memancing sahabatnya itu.
“Hah?!! Betul ker..?!!” Huzaifah hampir-hampir terjerit. Baru Nampak bulatnya biji mata Huzaifah ketika itu. Pelajar yang lalu lalang masuk melalui pintu pagar itu sedikit hairan melihat reaksi Huzaifah yang tiba-tiba terkejut beruk pagi-pagi macam ini
“Betul lah. Aku dah pun janji dengan dia akan menyayangi dan menjaga dia seumur hidup. Dia lah wanita yang berjaya mengikat hati aku dan aku takkan lepaskannya walau apa pun yang terjadi.” jelas Nik dengan bersungguh.
Terlopong mata Huzaifah mendengar kata-kata keramat Nik. Dia tidak menyangka orang sebaik Nik juga mempunyai perasaan begitu mendalam terhadap golongan banat.
“Sapa dia? Bisiklah nama dia kat aku, boleh aku jadi kontraktornya dalam pembinaan masjid nanti.” Huzaifah bermain kiasan dalam nada yang sedikit serius sambil menyendeng sahabatnya itu.
“Hmm.. Mana boleh bagi tahu. “ Nik sengaja menambahkan suspen kepada sahabatnya.
“Alaah kau ni, macam tak tahu pula aku ni. Aku takkan beritahu sesiapa sekalipun kucing aku.” Keluh Huzaifah.
“Yelah-yelah, tapi janji tau.” Nik buat muka beralah.
“Okey, janji akan sentiasa dipegang!” jawab Huzaifah dengan penuh bersemangat.
Nik mendekatkan mulutnya ke telinga Huzaifah, manakala Huzaifah meruncingkan keningnya tanda sedang memperjelaskan pendengarannya.
“S…….I……….T……..I” Nik sengaja mengeja dengan perlahan.
“Lagi.” Huzaifah kelihatan sudah tidak sabar-sabar lagi.
Pelajar yang lalu lalang di situ bertambah hairan dengan kelibat dua orang pengawas ini. Apalah yang mereka bisikkan.
“Z…..U…..L……A……”
“Zulaikha? Itu emak kau.” belum habis Nik cakap, Huzaifah sudah dapat menghidu.
“Yelah. Emak aku. Kenapa?” Nik ketawa kecil melihat muka Huzaifah yang macam buah busuk terkena pancing yang sengaja dipasangnya.
"Kau ni memang dah hidup lama kot.”
“Tak dak lah lama sangat.” berderai tawa mereka.
Ya, mulakan harimu dengan keceriaan.
**********
Azan asar kedengaran sayup-sayup sahaja dari sekolah mereka. Sememangnya jarak yang memisahkan sekolah mereka dengan masjid agak jauh juga, kira-kira tidak kurang dari dua kilometer.
“Alhamdulillah, tamat juga akhirnya kelas tambahan ini. Mengantuk aku dibuatnya.” Keluh sahabat Nik itu. Ya, setelah tamat sesi pengajian pada waktu pagi, mereka telah dijadualkan untuk menghadiri kelas tambahan sebagai persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan besar awam, Sijil Pengajian Malaysia(SPM).
“Aku pun mengantuk juga, tapi oleh kerana waktu asar dah masuk, apa kata kita tunaikan dulu kewajipan dan selepas itu baru kita lepaskan penat kita tu.” Cadang Nik.
Bersambung....
MS-17
2203, 23 Mac 2011
Rumahku, Yan, Kedah.
Fiesta Pendidikan IPS 2011
Konsert Bersama Firwan di Ipoh
Rasanya sudah begitu lama saya tidak mengupdate blog ini. Pelbagai perkara yang saya lalui sepanjang sebulan saya tidak mengupdate blog ini. Walaupun saya memegang status PENGANGGUR, namun saya merasakan diri saya sangat sibuk. Alhamdulillah, saya lebih suka sibuk ke sana-sini berbanding memerap di rumah. Hampir setiap minggu saya akan outstation(ke luar negeri bukan negara..hehe). Minggu sdah saya ke Johor dalam misi memberi bantuan banjir kepada mangsa-mangsa banjir bersama sahabat-sahabat HALUAN dari seluruh negeri. Minggu ini atau yang terbaru adalah show saya bersama FIRWAN di Ipoh sempena Konsert Kesenian Islam dan perasmian tapak surau Taman Klebang Prima. Ikuti kisah selanjutnya…
Tiba di Ipoh
Jam 0200 kami tiba di Terminal Bas Ekspres Ipoh dan dijemput oleh Abang Fadhli yang merangkap Pengerusi Kelab Belia HALUAN Ipoh(KBHI). Kami dibawa ke Pejabat HALUAN Cawangan Ipoh, Perak sebagai tempat berteduh kami sepanjang berada disana. Sebenarnya pelbagai program telah disusun untuk kami sebelum kami menjejak ke bumi Ipoh lagi. Antara aktiviti yang memenuhi jadual sepanjang kami di sini ialah Futsal, Bowling, Menjelajah Taman Rekreasi Gunung Lang, Sarapan pagi pakej jasmani dan rohani serta aktiviti utama kami datang ke Ipoh KONSERT KESENIAN ISLAM.
Sesi Latihan (Jumaat 25/02/2011)
Lagu yang akan kami bawa ialah Selawat Junjungan dendangan In-Team dan Dia Kekasih Allah nyanyian Hijjaz.
Malam Konsert Kesenian Islam (Sabtu 26/02/2011)
Artis nasyid tanah air yang turut menjayakan konsert ini ialah Azhan Atan juara Akademi Nasyid TV9, NurONE serta Firwan.
Sarapan Pakej Lengkap Rohani dan Jasmani (Ahad 27/02/2011)
Pagi itu kami dibawa Abang Fadhli untuk menikmati sarapan di gerai Nuhaa empunya Pakcik Azman. Sarapan kat sini ada pakej lengkap untuk seorang muslim yang beriman, iaitu perut anda kenyang dan jiwa anda juga akan terisi. Tapi kena tengok keadaan juga.
Jelajah Taman Rekreasi Gunung Lang (27/02/2011)
Sebelum pulang kami sempat berkunjung sebenarnya, bukan menjelajah pun. Saja nak bagi Nampak gah tajuk itu. Pemandangan di situ sangatlah indah. Setiap kali saya melihat sudut panorama yang lain, setiap kali itu jugalah saya bertasbih. Memang indah alam ciptaan Allah di sana.Pulang Kembali ke Negeri Tempat Bermastautin (Ahad 27/02/2011)
Ternyata terasa berat sekali untuk meninggalkan mereka semua. Mereka lah sahabat yang jiwanya terikat atas dasar akidah dan fikrah.
p/s: asif tak update blog. Sibuk sangat sekarang ni. Tiap-tiap minggu ‘outstation’..cewaah. Jumaat nie kna pi Johor, minggu depan pulak nak kena pi Kajang. Belum cari kerja lagi, klau dok kerja skali..huhh..but I really2 love BUSY..
MS-17
0755, 03 MAC 2011
Ruat, Yan, Kedah

