Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

[Tiada Tajuk]

  • Monday, April 4, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Sebenarnya penulisan kali ini saya tulis secara tidak sengaja dek kebosanan yang terlampau ketika di rumah. Jadi saya pun tidak tahu hendak meletakkan tajuk yang sesuai sebab penulisannya pun masih belum siap. Penulisan ini ditulis mengikut rentak nasyid yang dimainkan. Saya sendiri tidak tahu apa yang ingin saya tulis, tapi jari jemari terus menari-nari di atas papan kekunci menghasilkan perkataan-perkataan dan seterusnya menjadi ayat dan terus ke perenggan. InsyaAllah saya akan cuba siap kan dalam masa terdekat. Nantikan lah sambungannya pada post yang akan datang.

    Pintu dikuak perlahan supaya tidak mengganggu insan lain yang sedang sibuk melayari bahtera mimpi yang entah sudah sampai ke mana. Tidur adalah salah satu nikmat yang amat berharga pada manusia. Namun jika tidur itu dilebih-lebihkan, hal demikian akan berubah dari nikmat kepada laknat.

    Setiap langkahan menuju ke bilik air terasa sangat membebankan. Ikutkan hati mahu saja kembali ke atas katil. Tetapi seorang mukmin itu perlu menjalani kehidupan dengan iman, bukan perasaan. Inilah pesanan yang acap kali dilontarkan oleh sahabatnya.

    Seusai berwudhuk baru terasa segarnya. Namun kesegaran itu tidak akan datang jika hanya berwudhuk, ianya perlu disertakan dengan keikhlasan kerana ikhlas merupakan titik penilaian Allah terhadap sesuatu pekerjaan yang dilakukan.

    Solat sunat Tahajud didirikan serta disusuli beberapa solat sunat yang lain. Setiap pergerakan dalam solat dilakukan dengan penuh rasa kehinaan di hadapan Allah.

    Tuhanku,

    Dimalam syahdu ku merayu,

    Ampunilah segala dosaku yang lalu.

    Sujudku,

    Mendambakan keredhaanMu,

    Tempatkan aku didalam rahmatMu.

    (Bisikan Malam – UNIC)

    Lelehan air mata terus mengalir laju biarpun sudah beberapa kali diseka. Sesungguhnya setitis air mata kerana Allah mampu memadamkan api neraka yang kehitam-hitaman. Moga Allah terus redha. Sekujur tubuh seorang insan generasi Rabbani terus rebah di atas sejadah tempat yang akan menjadi saksinya diakhirat kelak.

    **********

    “Hei Nik, kenapa mata kau merah jer. Baru pagi, pukul 8.00 pun belum lagi.” Tegur seorang sahabatnya Huzaifah yang juga seorang pengawas. Huzaifah dan Nik ditugaskan pagi itu untuk menjaga pintu pagar sekolah.

    “Entah lah, mungkin tak cukup tidur kot.” Nik cuba berdalih tetapi dia tidak pula berbohong. Nik memang seorang yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan dipuji kerana bimbang syaitan berjaya memasukkan jarum ujub dan sumu’ah. Apa sahaja perkara yang dia lakukan lebih suka dirahsiakan. Biarlah ia menjadi rahsia antara dia dan Allah saja.

    “Amboi, dah ada buah hati ker yang tidur lewat-lewat ni.” Huzaifah cuba berceloteh sambil tersengih.

    “Hmm…? Kenapa kalau ada pun?” Nik cuba memancing sahabatnya itu.

    “Hah?!! Betul ker..?!!” Huzaifah hampir-hampir terjerit. Baru Nampak bulatnya biji mata Huzaifah ketika itu. Pelajar yang lalu lalang masuk melalui pintu pagar itu sedikit hairan melihat reaksi Huzaifah yang tiba-tiba terkejut beruk pagi-pagi macam ini

    “Betul lah. Aku dah pun janji dengan dia akan menyayangi dan menjaga dia seumur hidup. Dia lah wanita yang berjaya mengikat hati aku dan aku takkan lepaskannya walau apa pun yang terjadi.” jelas Nik dengan bersungguh.

    Terlopong mata Huzaifah mendengar kata-kata keramat Nik. Dia tidak menyangka orang sebaik Nik juga mempunyai perasaan begitu mendalam terhadap golongan banat.

    “Sapa dia? Bisiklah nama dia kat aku, boleh aku jadi kontraktornya dalam pembinaan masjid nanti.” Huzaifah bermain kiasan dalam nada yang sedikit serius sambil menyendeng sahabatnya itu.

    “Hmm.. Mana boleh bagi tahu. “ Nik sengaja menambahkan suspen kepada sahabatnya.

    “Alaah kau ni, macam tak tahu pula aku ni. Aku takkan beritahu sesiapa sekalipun kucing aku.” Keluh Huzaifah.

    “Yelah-yelah, tapi janji tau.” Nik buat muka beralah.

    “Okey, janji akan sentiasa dipegang!” jawab Huzaifah dengan penuh bersemangat.

    Nik mendekatkan mulutnya ke telinga Huzaifah, manakala Huzaifah meruncingkan keningnya tanda sedang memperjelaskan pendengarannya.

    “S…….I……….T……..I” Nik sengaja mengeja dengan perlahan.

    “Lagi.” Huzaifah kelihatan sudah tidak sabar-sabar lagi.

    Pelajar yang lalu lalang di situ bertambah hairan dengan kelibat dua orang pengawas ini. Apalah yang mereka bisikkan.

    “Z…..U…..L……A……”

    “Zulaikha? Itu emak kau.” belum habis Nik cakap, Huzaifah sudah dapat menghidu.

    “Yelah. Emak aku. Kenapa?” Nik ketawa kecil melihat muka Huzaifah yang macam buah busuk terkena pancing yang sengaja dipasangnya.

    "Kau ni memang dah hidup lama kot.”

    “Tak dak lah lama sangat.” berderai tawa mereka.

    Ya, mulakan harimu dengan keceriaan.

    **********

    Azan asar kedengaran sayup-sayup sahaja dari sekolah mereka. Sememangnya jarak yang memisahkan sekolah mereka dengan masjid agak jauh juga, kira-kira tidak kurang dari dua kilometer.

    “Alhamdulillah, tamat juga akhirnya kelas tambahan ini. Mengantuk aku dibuatnya.” Keluh sahabat Nik itu. Ya, setelah tamat sesi pengajian pada waktu pagi, mereka telah dijadualkan untuk menghadiri kelas tambahan sebagai persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan besar awam, Sijil Pengajian Malaysia(SPM).

    “Aku pun mengantuk juga, tapi oleh kerana waktu asar dah masuk, apa kata kita tunaikan dulu kewajipan dan selepas itu baru kita lepaskan penat kita tu.” Cadang Nik.

    Bersambung....

    MS-17

    2203, 23 Mac 2011

    Rumahku, Yan, Kedah.

    5 komentar:

    Anonymous said...

    perenggan pertama ayat terlalu fakta, macam bahan ceramah saja. mungkin boleh diolah dengan lebih baik. ya, boleh saja sampaikan tetapi dengan ayat yang lebih sesuai dengan label 'cerpen' tu sendiri.

    p/s: cerpen memang selalu bersambung ka? yang dulu punya er, dah habis?

    Ibn Kassim As-Shafie said...

    yup ana tahu..tapi entahlah..ermm, ntah, pa benda yang ana buat ntah..sbb time tu tgah blurr dan tngan terus jer taip mengikut rentak nasyid yang ana dengar..maklumat impuls tu rasa mcm x sampai ke otak, dari telinga terus menjalar ke jari untuk ditafsirkan..sedar x sedar pa benda ntah yang ana tulis..haha
    yang label tu pun ana x tahu nak boh label apa..

    psal cerpen bersambung nie sbb kena writerblock..yg tu msalah utama dlam setiap penulisan ana...tak pa ana akan cuba langsaikan segala cerpen yang terbengkalai tu..InsyaAllah.

    Ibn Kassim As-Shafie said...

    dah dibetulkan dari segi teknikal dan label..

    Anonymous said...

    okey-okey.

    tapi, kalau boleh kalau tak siapkan satu cerpen yang tergantung, jangan buat cerpen yang lain pula.

    itu, satu disiplin dalam penulisan. dan, pembaca juga tidak gemar kalau sini tergantung, sambung lain pula.

    by the way, dah usaha,tahniah. tapi, disiplin menulis kena usahakan. walaupun, mmg susah.

    Ibn Kassim As-Shafie said...

    insyaALLAH akan ku usahakan..
    Yup, perkara yang perit dan sukar itu lah yang akan terasa manis pada penghujungnya..

    bloggermuslim