Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Tahniah V.T Maktab Mahmud Yan..!!

  • Monday, April 4, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,
  • (kilk pada gambar untuk paparan lebih jelas)

    Kejayaan Maktab Mahmud Yan melangkah ke pusingan separuh akhir MSSD daerah Yan/Kuala Muda yang mengumpulkan tidak kurang dari 30 penyertaan dari semua sekolah telah mengejutkan pihak penganjur kerana ini merupakan kali pertama MMY menyertai kejohanan Bola Tampar MSSD sejak ditubuhkan dahulu. Sekalung penghargaan dari saya kepada Volleyball Team MMY yang bertungkus lumus dalam memenangi setiap perlawanan.

    Sedikit ulasan dari ketua pasukan, Uzair Rusli.

    "Alhamdulillah, kami sendiri tidak menyangka dapat melangkah sejauh ini. Pada mulanya kami hanya mensasarkan pengalaman bukan kejayaan kerana ini merupakan penyertaan sulung kami sejak dulu lagi. Tapi apa yang Allah bagi ini mungkin bonus untuk kami disamping tanggungjawab yang lebih berat dalam menyampaikan Islam dalam bersukan kerana orang yang bertarbiyah perlu menjadi contoh kepada mereka yang masih belum memahami erti kata Islam yang sebenar, InsyaAllah. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih kami Coach Khodir yang banyak memberi tunjuk ajar dari kami zero kepada hero. Juga kepada Ustaz Ahadi, Ustaz Nasir, Ustazah Noraini, Cikgu Rubiah, Teacher Mawar yang sentiasa membakar semangat kami ketika di atas gelanggang. Tidak lupa juga kepada Abang 'Ammar yang menjadi driver kami dan setia bersama kami dari pagi hingga ke petang. Semoga usaha dan pengorbanan kita ini dikira sebagai amalan yang diberkati Allah S.W.T"

    Pasukan yang layak ke separuh akhir yang akan bertembung pada hari selasa 05 April 2011:

    [SMK Yan]-[SMK Sultan Mat Jiwa]-[Maktab Mahmud Yan]-[MRSM Merbok]

    ~Moga kalian berjaya menunjukkan Islam yang sebenar dalam gelanggang kelak~

    MS-17
    2223, 03 April 2011
    Rumahku, Yan, Kedah.

    Bersama UNIC

  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,
  • Sabtu 26 Mac 2011 -Bermula SATU TEKAD bagi menyusun LANGKAH yang TERCIPTA. Menzahirkan segala LAFAZ YANG TERSIMPAN dalam MENCARI YANG MAHA SATU. TIKA ITU, aku memerlukan HIJRAH untuk keluar dari SANGKAR HATI yang telah HANYUT. Bersama-sama SAHABAT SEJATI, aku terus MENUJU WAWASAN yang membawa erti HAKIKAT BAHAGIA yang sebenar. ATAS NAMA CINTA Mu Ya Allah, aku akan cuba menjadi REMAJA dan ANAK yang SOLEH, yang mengetahui ERTI SYUKUR yang sebenar.
    YOU AND I SEE(UNIC), InsyaAllah jika ada kesempatan SEE YOU DI IPT.

    [Tiada Tajuk]

  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Sebenarnya penulisan kali ini saya tulis secara tidak sengaja dek kebosanan yang terlampau ketika di rumah. Jadi saya pun tidak tahu hendak meletakkan tajuk yang sesuai sebab penulisannya pun masih belum siap. Penulisan ini ditulis mengikut rentak nasyid yang dimainkan. Saya sendiri tidak tahu apa yang ingin saya tulis, tapi jari jemari terus menari-nari di atas papan kekunci menghasilkan perkataan-perkataan dan seterusnya menjadi ayat dan terus ke perenggan. InsyaAllah saya akan cuba siap kan dalam masa terdekat. Nantikan lah sambungannya pada post yang akan datang.

    Pintu dikuak perlahan supaya tidak mengganggu insan lain yang sedang sibuk melayari bahtera mimpi yang entah sudah sampai ke mana. Tidur adalah salah satu nikmat yang amat berharga pada manusia. Namun jika tidur itu dilebih-lebihkan, hal demikian akan berubah dari nikmat kepada laknat.

    Setiap langkahan menuju ke bilik air terasa sangat membebankan. Ikutkan hati mahu saja kembali ke atas katil. Tetapi seorang mukmin itu perlu menjalani kehidupan dengan iman, bukan perasaan. Inilah pesanan yang acap kali dilontarkan oleh sahabatnya.

    Seusai berwudhuk baru terasa segarnya. Namun kesegaran itu tidak akan datang jika hanya berwudhuk, ianya perlu disertakan dengan keikhlasan kerana ikhlas merupakan titik penilaian Allah terhadap sesuatu pekerjaan yang dilakukan.

    Solat sunat Tahajud didirikan serta disusuli beberapa solat sunat yang lain. Setiap pergerakan dalam solat dilakukan dengan penuh rasa kehinaan di hadapan Allah.

    Tuhanku,

    Dimalam syahdu ku merayu,

    Ampunilah segala dosaku yang lalu.

    Sujudku,

    Mendambakan keredhaanMu,

    Tempatkan aku didalam rahmatMu.

    (Bisikan Malam – UNIC)

    Lelehan air mata terus mengalir laju biarpun sudah beberapa kali diseka. Sesungguhnya setitis air mata kerana Allah mampu memadamkan api neraka yang kehitam-hitaman. Moga Allah terus redha. Sekujur tubuh seorang insan generasi Rabbani terus rebah di atas sejadah tempat yang akan menjadi saksinya diakhirat kelak.

    **********

    “Hei Nik, kenapa mata kau merah jer. Baru pagi, pukul 8.00 pun belum lagi.” Tegur seorang sahabatnya Huzaifah yang juga seorang pengawas. Huzaifah dan Nik ditugaskan pagi itu untuk menjaga pintu pagar sekolah.

    “Entah lah, mungkin tak cukup tidur kot.” Nik cuba berdalih tetapi dia tidak pula berbohong. Nik memang seorang yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan dipuji kerana bimbang syaitan berjaya memasukkan jarum ujub dan sumu’ah. Apa sahaja perkara yang dia lakukan lebih suka dirahsiakan. Biarlah ia menjadi rahsia antara dia dan Allah saja.

    “Amboi, dah ada buah hati ker yang tidur lewat-lewat ni.” Huzaifah cuba berceloteh sambil tersengih.

    “Hmm…? Kenapa kalau ada pun?” Nik cuba memancing sahabatnya itu.

    “Hah?!! Betul ker..?!!” Huzaifah hampir-hampir terjerit. Baru Nampak bulatnya biji mata Huzaifah ketika itu. Pelajar yang lalu lalang masuk melalui pintu pagar itu sedikit hairan melihat reaksi Huzaifah yang tiba-tiba terkejut beruk pagi-pagi macam ini

    “Betul lah. Aku dah pun janji dengan dia akan menyayangi dan menjaga dia seumur hidup. Dia lah wanita yang berjaya mengikat hati aku dan aku takkan lepaskannya walau apa pun yang terjadi.” jelas Nik dengan bersungguh.

    Terlopong mata Huzaifah mendengar kata-kata keramat Nik. Dia tidak menyangka orang sebaik Nik juga mempunyai perasaan begitu mendalam terhadap golongan banat.

    “Sapa dia? Bisiklah nama dia kat aku, boleh aku jadi kontraktornya dalam pembinaan masjid nanti.” Huzaifah bermain kiasan dalam nada yang sedikit serius sambil menyendeng sahabatnya itu.

    “Hmm.. Mana boleh bagi tahu. “ Nik sengaja menambahkan suspen kepada sahabatnya.

    “Alaah kau ni, macam tak tahu pula aku ni. Aku takkan beritahu sesiapa sekalipun kucing aku.” Keluh Huzaifah.

    “Yelah-yelah, tapi janji tau.” Nik buat muka beralah.

    “Okey, janji akan sentiasa dipegang!” jawab Huzaifah dengan penuh bersemangat.

    Nik mendekatkan mulutnya ke telinga Huzaifah, manakala Huzaifah meruncingkan keningnya tanda sedang memperjelaskan pendengarannya.

    “S…….I……….T……..I” Nik sengaja mengeja dengan perlahan.

    “Lagi.” Huzaifah kelihatan sudah tidak sabar-sabar lagi.

    Pelajar yang lalu lalang di situ bertambah hairan dengan kelibat dua orang pengawas ini. Apalah yang mereka bisikkan.

    “Z…..U…..L……A……”

    “Zulaikha? Itu emak kau.” belum habis Nik cakap, Huzaifah sudah dapat menghidu.

    “Yelah. Emak aku. Kenapa?” Nik ketawa kecil melihat muka Huzaifah yang macam buah busuk terkena pancing yang sengaja dipasangnya.

    "Kau ni memang dah hidup lama kot.”

    “Tak dak lah lama sangat.” berderai tawa mereka.

    Ya, mulakan harimu dengan keceriaan.

    **********

    Azan asar kedengaran sayup-sayup sahaja dari sekolah mereka. Sememangnya jarak yang memisahkan sekolah mereka dengan masjid agak jauh juga, kira-kira tidak kurang dari dua kilometer.

    “Alhamdulillah, tamat juga akhirnya kelas tambahan ini. Mengantuk aku dibuatnya.” Keluh sahabat Nik itu. Ya, setelah tamat sesi pengajian pada waktu pagi, mereka telah dijadualkan untuk menghadiri kelas tambahan sebagai persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan besar awam, Sijil Pengajian Malaysia(SPM).

    “Aku pun mengantuk juga, tapi oleh kerana waktu asar dah masuk, apa kata kita tunaikan dulu kewajipan dan selepas itu baru kita lepaskan penat kita tu.” Cadang Nik.

    Bersambung....

    MS-17

    2203, 23 Mac 2011

    Rumahku, Yan, Kedah.

    Fiesta Pendidikan IPS 2011

  • Monday, March 28, 2011
  • Ibn Kassim As-Shafie
  • Label : ,
  • Pada 12 Mac 2011 pihak HALUAN telah menganjurkan Fiesta Pendidikan IPS yang bertempat di Sekolah Rendah Agama Ghufran. Sekolah yang terlibat adalah sekolah-sekolah rendah yang dinaungi oleh NGO HALUAN seluruh Malaysia. Alhamdulillah Sekolah Rendah Ummi telah memenangi johan pidato Bahasa Arab dan Naib johan pidato Bahasa Arab bagi pihak perempuan. Nasyid yang dikendalikan oleh saya dan sahabat saya Azhar Helmi telah berjaya menduduki tempat ketiga. Lari dari sasaran kami sikit.(target nasyid johan..hehe)

    (sesi latihan)

    (tiba di SRAG)


    (lokasi Fiesta..)


    (last preperation)


    (ada guna juga mic yang saya bawa nie..)


    (kena jaga P.A system plak)

    (bermulanya sebuah perjuangan..!)

    (bersiap ke majlis penutup)

    (sedang bertawakkal sebelum menjelang pengumuman pemenang)

    (Syeikh Nawawi Ibn Abi Bakr -Johan Pidato Bahasa Arab)

    (Duratul Aqilah -Naib Johan Pidato Bahasa Arab)

    (Alhamdulillah. Nasyid mendapat tempat ketiga)

    (kami diminta untuk mendendangkan beberapa buah nasyid Untuk penyempurnaan majlis penutup)


    MS-17
    2356, 16 MAC 2011
    MNY Mega Trading, Alor Setar, Kedah.

    bloggermuslim